Debaran sambutan tahun 2010 dikocak oleh isu KALIMAH ALLAH, isu yang sansitif dan amat membimbangkan. Tepat sekali nasihat YAB Dato' Seri Mohd Najib supaya umat ISLAM tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan akan menghadap Yang Di Pertuan Agong bagi meredakan keputusan mahkamah yang membenarkan KALIMAH ALLAH dipamer digereja.
Apa kesudahannya, itulah yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kini setelah Menteri diJPM akan membuat rayuan dimahkamah dan YAB. Perdana Menteri berbincang dengan Yang DiPertuan Agong. Hendaknya isu ini akan selesai dengan tidak menyakitkan mana-mana pihak.
Tunjuk Perasaan dan hantar memorendum adalah stail lama yang tidak mendatangkan apa-apa hasil, yang dapat hanya liputan akhbar dengan pamiran gambar tersegeh-sengeh, lepas tu senyap tanpa tindakan susulan. Biar pun ratusan NGO membuat bantahan dengan menyediakan memorendum dihantar kepada kerajaan itu tidak menakutkan kerana kerajaan sudah ada formula untuk mengatasi isu yang sangat sansitif itu. Lagi pun pemimpin Islam di Malaysia ini tidak pernah bersatu diantara pemimpin Islam dalam Kerajaan dengan pemimpin Islam diluar Kerajaan. Masing-masing ada agenda tersendiri.
Yang pastinya sekira ada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan mengunakan isu Agama itu untuk mengharu birukan ketenangan yang sedia ada, maka orang itu adalah layak untuk ditahan dibawah ISA. Saya yakin Hishamuddin, Menteri yang bertanggongjawab menjaga keamanan negara mampu melaksanakannya.
No comments:
Post a Comment