Wang Ihsan untuk Kelantan RM20juta. Adalah tidak banyak, macam cerita budak menangis, apabila ibubapa tidak mahu tengok anaknya terusan menangis maka anak itu digaya dengan memberi coklat ataupun airkerim.
Itulah yang berlaku di Kelantan sehari dua ni, setelah Dato' Pa mengumumkan bahawa Petronas bersetuju memberi wang hasil gas kepada rakyat Kelantan yang memang berhak mendapat hasil tersebut kerana hasil yang dipunggut oleh Petronas datangnya dalam perut bumi kawasan Kelantan.
Husam Musa pula terkial-kial mempertikaikan pengumuman yang dibuat oleh Dato' Pa itu kerana katanya Petronas berjanji nak beri RM40juta. Tak kiralah RM20juta ke, RM40juta ke, yang pasti wang itu tidak dimasukkan kepada perbendaharaan Kerajaan Kelantan, wang itu akan digunakan ikut selera pemimpin UMNO, ikut selera Ketua Bahagian UMNO, tidak siapa boleh pertikaikan.
Yang untungnya ialah mereka yang mempunyai hubungan dengan kontraktor kelas A dan F kerana projek yang akan dilaksanakan di Kelantan nanti pengagihannya akan ditawarkan kepada lesen-lesen yang terpilih saja, kalau itu projek pembangunan, sekiranya projek kursus maka kontraktor makanan yang rapat dengan pemimpin Bahagianlah selalu akan dapat. Itulah lumrah pembahagian rezeki dalam UMNO di Kelantan.
Isu royalti minyak tidak akan berakhir kerana ia melibatkan wang berbillion-billion ringgit, ianya akan terus dipertikaikan selagi PAS memerintah Kelantan dan BN memerintah Malaysia. Rakyat saja yang dapat memutuskan supaya isu royalti minyak tidak menjadi topik pertikaian diantara PAS dan BN. Sekiranya Kelantan diperintah oleh BN seperti Trengganu maka isu royalti minyak akan selesai ataupun sebaliknya.
Hujah, penerangan dan bukti-bukti melalui risalah tidak akan menyudahkan penyelesaian, kerana 'Wang' itu akan digunakan untuk mengekal kuasa. Kenyataan dari pemimpin mana-mana parti boleh memeningkan kepala rakyat kerana mereka ada hujah dan hujah itu selalunya boleh dipertikaikan. Tidak ada keikhlasan sebenarnya dalam penerangan mengenai isu royalti minyak. Yang boleh menentukan adalah kuasa rakyat yang mesti diputuskan dalam pilihanraya umum ke 13nanti.
No comments:
Post a Comment