Sunday, January 17, 2010

Isteri yang dibanggakan.

Isnin 18hb.Januari 2010, hari bertuah buat saya dan isteri Hajjah Mahani kerana sudah beroleh nikmat dari Allah swt dengan mengizinkam kami berdua pulang kerumah setelah meninggalkan rumah untuk ke tanah suci Mekkah pada 5hb.November 2009.

Walaupun sudah pulang ke tanahair Kuala Lumpur pada 18hb. Disember 2009, saya bersama isteri Hajjah Mahani tidak terus pulang kerumah seperti jemaah haji yang lain, kami terus dibawa ke Hospital Tawakkal dari KLIA kerana terpaksa mendapat rawatan susulan secara agrasif ekoran penyakit yang menimpa saya yang mana kaki kiri saya dari paha kebetis terpaksa dibuang isinya dan yang tinggal hanya darah. tulang dan kulit.

Penyakit 'NECROTIZING FRACTICIS' yang berpunca dari darah beku dalam pembuloh darah (DVT) dan kemudian menghasilkan nanah serta kebetulan pula saya pengidap kencing manis telah memaksa dactor membuang semua tisu-tisu yang mati dan mengakibatkan saya tidak dapat berjalan, terpaksa terlantar di katil selama hampir 2 bulan.

Dalam masa inilah saya teramat bangga dengan isteri saya, semasa di Hospital Mekkah beliau tidak pernah meninggalkan saya seorang diri waalaupun dihalau oleh jaga dan apabila sudah berada di Kuala Lumpur, beliau juga tidak meninggalkan saya walaupun untuk pulang kerumah. Beliau berada disamping saya sepanjang masa.

Dalam keadaan daging betis dan paha dibuang, masih ada yang sayang, masih ada sahabat yang datang bertanya kabar. itulah kepuasan dalam hidup.

Orang macam saya yang tidak pernah sakit, tiba-tiba mendapat penyakit yang amat berat dan terpaksa terlantar di katil selama 2 bulan adalah sangat menyiksakan. Pengalaman ini adalah merupakan satu sejarah dan pengalaman yang akan saya kongsi bersama dengan isteri dan anak-anak.

Semasa di Tawakkal dan Hospital Selayang, sanak saudara serta sahabat datang menzairahi ada yang hantar bunga menganti diri dan ada yang kata nak datang tapi tak datang. Terima kasih untuk semuanya.

Saya sudah semboh dan sudah pulang kerumah, hanya perlu rawatan susulan untuk terapi bagi menguatkan otot-otot saya supaya dapat berjalan seperti sediakala. Insya Allah.

Saya masih hidup dan akan terus berjuang.

.

No comments: