Sudah jelas sekarang, PAS, DAP & PKR bermasaalah. Ini semua membuat rakyat terpaksa memerhati dengan lebih teliti, parti pembangkang mana yang sebenarnya berjuang untuk membela nasib rakyat, kerana baru setahun jangung dapat kuasa dan menang pilihanraya lalu tapi macam-macam nada dan tindakan telah tersembur bagi menampakkan cula sebenar pemimpin mereka.
Sekira hura hara dalam parti pembangkang ini berterusan, UMNO/UBN boleh tidur lena dalam menghadapi piliharaya ke 13 nanti dengan syarat UMNO jangan ikut selera para pemimpin parti pembangkan tersebut. Ulusan Tun Mahathir supaya ada parti melayu benar benar membela MELAYU jangan ditengok sepi, itu adalah hakikat, orang melayu masih mengharap, tapi tak kira parti mana, yang mana dirasa boleh tumpang untuk masa depan yang itu dipilih dalam pilihanraya.
Tapi nampaknya perangai UMNO pun sama, ada saja usaha dikalangan orang-orang dalam UMNO bersifat berdengki, jahat dan hipokerit. Sebagai contoh terbaru sudah ada suara untuk menyingkirkan Sdr. Khiry Jamaludin (KJ) sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Wah macamlah UMNO sekarang ini dah perkasa sangat, nak singkir sana, singkir sini, begitu juga dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, dah ada usaha nak tabur beliau, cari keratan akhbar, banding ulasan dan ucapan, hentam habis-habisan guna media dan kalau boleh orang macam Tengku Razaleigh disingkir saja dari UMNO kerana bercakap bercanggah dengan pucuk pimpinan.
KJ atau TR bukan sebarang orang, mereka ada pengikut, mereka adalah pemimpin dan bekas pemimpin, macam seperti Dato' Najib, Tan Sri Mahyuddin, Ini adalah pemimpin yang ada banyak pengikut, jangan pecat ikut sedap selera, takut yang nahasnya UMNO. kerana orang UMNO yang berminat hendak hentam KJ dan TR itu sekira UMNO hancur pun, dia tidak hancur kerana hartanya 7 keturunan pun makan tak habis.
Dalam waktu PKR, PAS dan DAP nak hancur ni. UMNO hendaklah rapatkan barisan, yang jauh didekatkan, rezeki diagih sama rata, kuasa diperturunkan, buangkan sifat ego' permudahkan bertemu rakyat, luangkan waktu bersama ahli-ahli parti, kurangkan majlis sosial untuk bersukaria bersama kawan-kawan sepermainan saja. Nescaya UMNO akan terus kekal menjadi sebuah Kerajaan yang paling tua di dunia dan menjadi pelindung kepada nasib rakyat Malaysia yang sentiasa cintakan kepada 'Kedamaian dan Keamanan'.
No comments:
Post a Comment