Coretan Kenangan. (2).
Saya menyusun jari memohon maaf kepada anda semua kerana 'CORETAN KENANGAN' Kedegilanku akhirnya rebah juga dengan airmata gembira tak dapat disambungkan oleh sebab permintaan isteri dan anak-anak supaya tidak dikongsi dengan orang lain diatas ujian yang kami lalui ditanah suci Mekkah.
Menghormati permintaan dan pandangan orang tersayang, biarlah peristiwa itu menjadi lipatan sejarah dalam hidup saya yang akan saya bawa bersama kesyurga apabila sampai masanya nanti.
Harap Maklum. Terima Kasih.
Berita (2).
SDR.ZAHARIN MAT YASSIN. (sang kelembai).
Sekiranya tepat lapuran Blog MSO.(selalunya tepat) Bahawa kawan saya Sdr. Zaharin Mat Yassin akan mula bertugas di Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan penghargaan setinggi-tinggi tahniah dan berharap beliau dapat membantu menjayakan slogan '1MALAYSIA' Rakyat Didahulukan.
Rakyat seperti saya inilah yang patut didahulukan. Kerana selalu dikorbankan setiap kali ada pemilihan parti sehingga niat suci saya untuk berkhimat kepada parti terhalang, sedangkan apabila parti UMNO diharamkan, tenaga sayalah salah seorang diguna pakai bagi menghidup dan memperkuatkan parti. Tapi malangnya, Pemimpin parti sentiasa meminta supaya ahli-ahlinya setia kepada parti, sedangkan tidak pernah dikenang dan dihargai, tapi orang yang dulunya merusakkan parti kini mereka diberi layanan dan kemewahan yang melimpah ruah.
Saya percaya isu ini dapat disampaikan kepada pucuk pimpinan kerana setahu saya Sdr. Zaharin Mat Yassin adalah seorang aktivis yang akan terus bercakap dan menyampaikan perkara yang pincang kepada pembesar Negara.
Tabet kepada Zaharin.
No comments:
Post a Comment