Kehilangan rakyat India yang tak dapat dikesan sebanyak 39,046 orang di Malaysia membimbangkan YAB Perdana Menteri kita. Mereka yang datang dengan menggunakan visa pelancong terus hilang dan tak ada rekod keluar. Ini bermakna mereka masih berada di Malaysia dengan status 'TANPA IZIN' atau pun Pendatang Haram.
Pihak Imigresan akan membuat operasi besar-besar bagi mengesan mereka itu dan sekiranya usaha pihak Imigresan itu bersungguh-sungguh tanpa ada kong kalikong, mereka yang berada di Malaysia secara HARAM dapat ditangkap dan diambil tindakan. Dalam erti kata penyiasatan hendaklah dibuat dengan rapi dan maklumat tidak dibocorkan.
Cambahan restoran 'Kari Kepala Ikan' disetiap penjuru kota menempatkan pekerja keturunan India yang tidak tahu bertutur bahasa Malaysia terlalu ramai. Kebenaran kerajaan membawa masuk rakyat India bekerja sebagai pelayan restoran tidak dapat menyelesaikan masaalah ujudnya rakyat India yang berada di Malaysia tanpa dekumen yang sah.
Dan bagaimana pula dengan bangsa-bangsa lain yang terdapat di Malaysia yang juga menjadi pendatang tanpa izin, berapa orang dari bangsa Cina, Pakistan, Myamar, Vietnam, Bangladesh, Indonesia dan lain-lain lagi.
Dalam usaha untuk menangkap Pendatang Tanpa Izin itu, Kerajaan hendaklah bersama dengan Syarikat yang dibenarkan membawa masuk pekerja asing berkerjasama yang mana Syarikat 'OUT SOURCING' itu hendaklah diberi peranan menjadi mata dan telinga kepada pihak Kerajaan supaya melapurkan sekiranya mereka tahu ada majikan yang mengaji pekerja asing tanpa izin atau yang tidak memperbaharui pas lawatan.
Itulah antara cadangan yang boleh dibincangkan.
No comments:
Post a Comment