Wednesday, January 20, 2010

coretan kenangan.

'KEDEGILAN KU REBAH JUGA DENGAN AIRMATA GEMBIRA'
sesudah pulang kerumah.

Tepat jam 7.00 malam 18hb. Januari 2010, kaki kananku melangkah buat pertama kali kerumah dalam tahun baru 2010 ini setelah aku meninggalkan rumah dengan rela pada 5hb. November 2009 tahun lalu bagi menunaikan rukun islam yang kelima mengerjakan haji bersama isteri tersayang dan bersama anak perempuan ia-itu Hajjah Rieni Fahada Natasha dan Hajjah Milissa Nadhira anak ku yang keempat dan yang bangsu kelima.

Bertolak dari Kuala Lumpur dengan KT 104 menuju ke Jeddah ku lihat wajah kecerian anak-anak dan isteriku kerana hajat dan impian mereka telah dimakbulkan oleh Allah swt. Setelah sampai di Jeddah kami bersama rombongan terus dibawa menuju ke Madinah. Di Madinah kami sekeluarga mengambil kesempatan menzairahi makam Rasullullah dan menunaikan sembahyang berjemaah di masjid Nabawi setiap waktu. Kegembiraan, kesukaan memenohai jiwaraga kami sekeluarga. Rieni kelihatan semakin sihat dan ceria, gagah seperti orang yang tidak menghadapi sebarang penyakit, Alhamduluillah kami sekeluarga bersyukur sujud kepada Illahi. Begitu juga Milissa kelihatan ceria kerana impiannya untuk menjadi seorang Hajjah diwaktu usia yang muda tercapai.

Setelah sampai tempoh berada di Madinah yang kadang-kadang tidak menyenangkan kerana kerenah agensi yang mana kami terpaksa berpindah randah dari satu hotel kesatu hotel yang mana selama 9hari berada disana sebanyak 3 hotel kami dipindahkan, tapi kesabaran mengatasi segala-galanya kerana bukan tempat tinggal yang menjadi keutamaan kepada kami yang utamanya adalah dapat mengerjakan amal ibadat dengan sumpurna.

Pada 14hb. November 2009 selepas 'Asar kami meninggalkan Kota Madinah yang penoh sejarah itu menuju ke Mekkah, Mahani, Rieni dan Milissa kelihatan sedih kerana terlalu cepat meninggalkan Madinah tapi wajah gembira juga terbayang kerana hajat untuk menjejaki kaki di tanah suci Mekkah akan terlaksana daslam masa 7 jam lagi.

Bersambung. (Berita sedih di Mekkah)

No comments: