Riuh, sekarang dengan isu ahli-ahli UMNO atau penyokong UMNO tidak mendaftar menjadi pemilih (pengundi), bukan sedikit tapi banyak. Topik malang ini sepatutnya tidak menjadi isu kepada sebuah parti yang besar yang menjadi tunjang pemerintahan kepada negara. Tapi ianya masih menjadi satu topik yang selalu dibincang tanpa kesudahan, kenapa ini berlaku?.
Apa pihak Bahagian lakukan pada tiap-tiap tahun, selain dari kempen menambah ahli dan dengan aktibiti-aktibiti mendampingi rakyat, nampaknya usaha untuk memastikan ahli baru mendaftar menjadi pengundi terlepas pandang kerana, pemimpin UMNO di Bahagian asyik mengatur kekuatan dirinya supaya kekal dipilih jadi Ketua Bahagian daripada menentukan kemenangan kerusi pilihanraya.
Kekal menjadi Ketua Bahagian UMNO seumor hidup lebih penting dari menentukan kedudukan kerusi pilihanraya, kerana dalam pilihanraya nanti belum tentu mereka itu dipilih jadi calun, tambahan pula sekiranya di Bahagian tersebut tradisinya BN selalu mendapat menang mudah.
Cuba tanya semua Ketua UMNO Bahagian, siapa mahu berhenti jadi Ketua UMNO Bahagian hari ini secara sukarela, bahkan untuk mengistiharkan bila mereka mahu bersara untuk jadi Ketua Bahagian pun tidak ada, Ini semua kerana jawatan Ketua Bahagian sekarang ini adalah merupakan sumber rezeki yang mudah, kerana pemimpin parti atau pun menteri hanya akan memberi layanan kepada Ketua Bahagian untuk mendapat peruntukan ataupun projek.
Kalau orang itu tidak berjawatan apa-apa dalam parti diperingkat Bahagian dan tidak kaya jangan diharap dapat layanan yang baik dari para pemimpin ataupun menteri, kalau dilayan pun hanya sekadar ambil hati tapi apa yang diminta ataupun dipohon tidak akan diberi layanan untuk diluluskan, ada saja alasan yang diberi untuk mengelak dari diberi.
Kalau ditulis surat lagi parah, langsung tidak dijawab. hantar tangan pun tidak dijawab. saya ada bukti. Apakah begitu sibuknya para menteri kita pada hari ini, sedangkan saya dapat tahu setengah pejabat menteri itu pegawainya lebih daripada berdozen sehingan ada 'setiausaha kepada setiausaha, pegawai khas kepada setiausaha' dan macam-macam jawatan lagi.
Oleh itu, satu kaedah baru hendaklah perkenalkan diperingkat Bahagian, mulai tahun 2010 ini tugas utama Ketua Bahagian diminta supaya hanya jangan pandai bercakap dan mengarah saja, mereka juga hendaklah bekerja supaya setiap rakyat yang berada didalam kawasannya mestilah didaftar sebagai pengundi dan sekiranya masih terdapat ada lagi rakyat yang tidak didaftarkan maka pucuk pimpinan mestilah mengambil tindakan merihatkan mereka itu dari meneraju kepimpinan Bahagian. Adil dan Tegaslah, kerana masih ramai lagi orang yang mampu mengalas tanggongjawab untuk memperkasakan parti supaya UMNO akan terus memerintah negara Malaysia ini.
No comments:
Post a Comment