Setelah ditempatkan di 6 buah Hospital, Mekkah dan Kuala Lumpur, rasa rindu pada rumah tangga kian menebal, walaupun RINDU pada anak dan keluarga serta sahabat-sahabat sudah reda kerana ramai yang sudah mendampingan saya, tapi Allah saja yang tahu, jiwa saya yang RINDU pada rumah tangga dan kampung halaman, apatah lagi rasa tersangkut kerana belum sempat menzairahi kubur Allahyarhamah Ibu Mertua saya HAJJAH MERIAM BT.AWANG yang telah kembali kerahmatullah semasa saya dan isteri saya (Hajjah Kak Ani) berada di Mekkah. Semuga Allah mencucuri rahmat kepadaNya.
Bermula masuk Hospital Aziziah di Mekkah, Janadriyah, King Abdul Aziz, Transit di Jeddah, Tawakkal Kuala Lumpur dan sekarang di Hospital Selayang yang semuanya telah mengambil masa selama 42 hari (termasuk hari ini). maka rindu terus menghantui jiwa dan perasaan.
Entah berapa lama lagi terpaksa berada di Hospital Selayang belum dapat dipastikan, kerana keadaan sakit yang dirawat belum pulih sepenohnya. Rasa segar tetap ada setalah ramai sahabat handai datang menzairahi, kerana sahabat yang memahami jiwa dan perasaan sayalah yang membuat saya tidak muat dan jemu untuk terus mendapat rawatan susulan di Hospital Selayang ini, tambahan pula Penolong Pengarah Hospital ini En. Mat Md.Zain sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian berhubung dengan kebajikan saya dan keluarg semasa disini.
Untuk itu saya dan keluarga merakamkan ucapan Penghargaan Setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat yang datang menzairahi yang terdiri dari semua lapisan yang bergelar dan yang biasa yang berpangkat dan yang bekerja sendiri kerana itulah semangat untuk saya bagi meneruskan mengharungi rawatan yang kadang-kadang menyakitkan.
Walaupun tidak ada pemimpin besar menjenguk saya. Itulah lumrah dunia, apabila kita tidak ada apa-apa jawatan sementara.
No comments:
Post a Comment