Betul kata Tok Guru Nik Aziz, dalam dunia ini Allah hanya ada satu, Agong juga mesti ada satu, Sultan juga mesti ada satu, Perdana Menteri juga mesti ada satu, Menteri Besar juga mesti ada satu, suami juga mesti satu, tapi isteri tak apa boleh lebih pada satu dalam satu masa boleh ada sampai empat.
Dalam pada itu Allah saja yang tidak ada penasihat, yang boleh beri pendapat, yang boleh berbincang untuk menentukan keputusan yang dibuat itu mantap dan betul serta tepat. Sama ada dia seorang Agong, seorang Sultan, Seorang Perdana Menteri, seorang Menteri Besar, Seorang Tok Guru yang dinamakan manusia biasa, maka ia tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Oleh itu mereka itu ada orang dekat yang selalu berbincang untuk membuat keputusan supaya menjadi betul dan tepat.
Saya ada seorang kawan perempuan yang sudah mempunyai anak tujuh yang mana nama anaknya berlainan dari pangkalnya, anak-anaknya bernama, Raja Abdul Aziz, Tengku Mohd. Adam, Syed Salamdin, Engku Abd. Kader, Nik Rahimah, Wan Zamani dan Mohd Ikbar tapi bin nya lain-lain kerana kawan saya ini sudah mempunyai suami seramai tujuh orang yang bukan dalam satu masa.
Inilah dunia, ada yang boleh dan ada yang tak boleh dan tidak semua yang Tok Guru kata itu betul kerana kadang-kadang Tok Guru hanya membaca apa yag pegawai tulis yang mana Tok Guru sendiri pun kadang-kadang terlepas pandang kerana Tok Guru juga adalah manusia biasa. Dan negara kita masih mengamalkan Perlembagaan asal yang tidak perlu dipertikaikan tentang kedudukan Raja-Raja Melayu, kerana kita masih lagi Negara MALAYSIA.
Yang kurang sedap didengar sekarang ini apabila ayat 'celaka' sering diucap oleh Tok Guru Nik Aziz. Kenapa?
No comments:
Post a Comment