Monday, September 19, 2011

Rakyat Malaysia keturunan Bangladesh. Memang ujud..


Betulkah ada rakyat warganegara Bangladesh jadi rakyat Malaysia. sama ada dengan cara kerajaan memberi kewarganegaraan atau pun dengan cara nombur dua (cara tidak sah).Ini satu isu yang telah lama diperkatakan tapi tidak diberi perhatian serius oleh pihak Kerajaan kerana boleh jadi disengajakan atau pun malas mengambil tahu.

Hari ini isu rakyat Bangladesh sah menjadi rakyat Malaysia sedang heboh diperkatakan, ekoran pengakuan Laman web rasmi hal ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyat Bangladesh telah diberi taraf kewarganegaraan oleh Kerajaan Malaysia.

Tapi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menafikannya. Persoalannya adakah penafian yang dibuat oleh Mahyuddin itu betul atau hanya mahu menyangkal ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan. Perlu diingat bahawa Mahyuddin pun kurang arif dengan apa yang berlaku dalam tawaran kewarganegaraan kepada seseorangan rakyat asing yang telah berada di Malaysia ini.

Sumber dari NGO tersebut seharusnya diberi perhatian dan diambil sebagai satu cabaran bagi melihat betapa mudahnya warga asing mendapat taraf penduduk tetap dinegara ini apatah lagi sekiranya benar-benar terdapat warganegara Bangladesh yang telah mendapat kerakyatan sebagai rakyat malaysia yang keistimewaannya sama dengan anak watan negara ini, Boleh mengundi dan boleh memiliki keistimewaan seperti rakyat Malaysia asli.

Yang jelas, rakyat Bangladesh boleh membuka kilang memproses manusia, boleh berkahwin satu, dua, tiga dan empat, boleh berniaga, boleh menipu dan baru-baru ini dapat peluang memproses program 6P dengan berselindung disebalik syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli politik dan bekas menteri. Itulah kelebihan Kerajaan BN hari ini.

1 comment:

Martoiriat said...

Salam Abang..
Jika benar Warga Bangladesh diambil dan dijadikan warga Malaysia melalui jalan belakang yang membolehkan mereka dijadikan sebagai pengundi, amat malang dan mendukacitakan sekali kepada saya dan seluruh rakyat Malaysia. Jika benar apa yang dilakukan oleh puak-puak ini tidak boleh dimaafkan memandangkan sikap sebegini adalah berkait dengan keselamatan negara. Harus dikenakan hukuman yang setimpal.

kalaulah begitu tindakan mendapatkan kerakyatan itu begitu mudah dilakukan, bagaimana nasib rakyat di negara ini 10 atau 15 tahun akan datang untuk hidup sedangkan tanpa mengambil rakyat asing pun keadaan pengangguran tidak dapat ditangani oleh kerajaan UMNO-BN yang sedia ada. Ini pula berlimpah-limpah rakyat asing diambil dan diberi "MY KAD" hanya untuk kepentingan Umno-BN gara-gara untuk mengekalkan kuasa daripada diberi kuasa kepada "PAKATAN RAKYAT" (PAS,PKR.DAP) memerintah negara ini, sedangkan mereka ini adalah warga negara yang sah disisi undang-undang.

Pemimpin-pemimpin seperti ini lebih rela memberi kepercayaan kepada warga asing untuk menentukan hala tuju politik negara dan kerajaan sedangkan rakyat sendiri menolaknya gara-gara pentingkan kroni, keluarga, suku sakat mereka, rasuah berbillion ringgit, projek berjuta-juta dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin yang tidak beriman dan pentingkan diri memang sanggup melakukan apa saja walau pun dengan cara khianat dan jahat asalkan kuasa terus kekal ditangan mereka.

Apa tidak terfikirkah Umno-BN bahawa cara ini telah melanggari ketelusan dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam rukun negara dan perlembagaan Malaysia? Sedangkan undang-undang itu dicipta dan diluluskan oleh Parlimen mereka sendiri sedangkan undang-undang itu terus menerus dilacurkan.

Keadaan ini akan menyebabkan kehidupan anak-anak muda serta cucu cicit dan rakyat kita pada masa akan datang terus malap dan terancam dengan kehadiran warga asing ini. Ini akan menyebabkan taraf kehidupan kita akan terus daif sedangkan negara kita untuk rakyat kita.

Justeru itu saya dan rakyat keseluruhannya sangat-sangat mengharapkan pihak JPN atau yang berkenaan mengambil langkah-langkah drastik untuk memastikan apakah benar warga asing ini diberi My Kad atau kerakyatan.

Salam.. semoga abang terus berjuang demi untuk kebaikan semua