Wednesday, March 31, 2010

Siapakah menteri itu?.

Wahid didakwa terima RM50,000

KUALA LUMPUR 30 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008.

Saksi pendakwa ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata, wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing.

Katanya, pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut.

''Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, bukan mengenai pekerja Bangladesh sahaja kerana Sim asalnya mahu mendapatkan nasihat dan panduan daripada Datuk Wahid kerana Sim diberikan kelulusan oleh kementerian untuk menubuhkan pejabat perwakilan di China.

''Selepas itu Sim berikan satu sampul surat kepada saya dan berkata ia mengandungi RM50,000 dan beritahu saya wang dalam sampul surat itu untuk dikongsi antara Datuk Wahid dan saya. Saya tidak buka sampul surat itu, saya hanya serahkan kepada Datuk Wahid,'' katanya.

Chang Hian, 66, memberi keterangan pada perbicaraan kes Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripadanya, juga seorang ahli perniagaan pada 19 Ogos tahun lalu sebagai upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta, pada 10.15 malam, 10 Julai 2008. Terdahulu Chang Hian memberitahu, beliau berjumpa dengan Wahid ketika bermain golf pada 2006 dan dalam pertemuan itu Zulkafli turut ada bersama. Katanya, Zulkafli pernah beberapa kali menghantar maklumat kepadanya untuk mendapatkan kelulusan visa.

Sepanjang urusan itu, katanya, Zulkafli telah menghantar maklumat sebanyak 16 kali mengenai pekerja dan syarikat pemohon, bermula 24 Jun hingga 28 Julai 2008 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan 3,773 pekerja. Chang Hian berkata, Sim menetapkan bayaran sebanyak RM280 setiap seorang dan terdapat beberapa pembahagian di kalangan mereka yang terlibat dengan jumlah keseluruhannya RM1,056,440 untuk 3,773 pekerja.

'Bayaran RM280 itu, menurut Sim adalah RM180 adalah untuk diberikan kepada menteri, RM20 untuk rakan Sim yang juga seorang peguam yang menjadi perantara kepada menteri, Sim ambil RM40 untuk diri sendiri, RM20 untuk Wahid dan RM20 bagi belanja saya,'' katanya.

Saksi itu berkata, pada 9 Julai 2008, beliau telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Hotel PJ Hilton setelah selesai berurusan dengan Zulkafli. Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin bersambung 10 Mei. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala Wahid diwakili peguam Datuk V. Sithambaram. - BERNAMA.
Nota:
Saya keliru dengan berita diatas. Siapakah yang dimaksud dengan menteri itu atau pun ianya bekas menteri?

1 comment:

Anonymous said...

kalau benar kita berada didalam neg
ara maju bertamadun ,negara undang2
dan mempunyai media mssa yg bebas,serta mempunyai ahli perlim
en sejati samaada dari parti kerajaan atau pembangkang yg benar2
faham dalam kerja nya sudah tentu isu ini merupakan isu terhangat di perkatakan tapi amat malang kita hanya pandai mendabit dada bahwa kita sudah maju tapi yg sebenar nya kita seolah2 berada di bumi africa, yg mana pm nya hanya pandai mencari pepulariti utk memancing undi,malah semua dari kerajaan atau pembangkang sangat mengeciwakan isu yg di timbulkan hanya isu remeh temeh yg tak perlu di pertikaikan.seperti hak ketuanan ,perebutan kuasa caci mencaci atas 1malaysia.malaysia malaysian yg tidak membawa kemana.hal integeriti ,kesejahteraan rakyat di remehkan.pencerubuhan terhadap alam sekitar tidak di pedulikan.seperti pencurian balak sehinga bukit2 kita telah gundol dan butak ,sebenar nya hidup di malaysia sangat2 mengeciwakan.