Monday, April 19, 2010

Zaid & Ibrahim - anak kelantan jati.


Ibrahim Ali hargai pengakuan Zaid Ibrahim.


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali enggan mengulas lanjut isu-isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim tetapi berkata beliau lebih menghargai pengakuan yang dibuat oleh calon PKR itu."Saya lebih menghargai bila beliau menyatakan 'saya buat, tapi saya sudah bertaubat'. Itu lebih afdal. Maknanya lebih menampakkan keikhlasan," katanya

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terhadap Zaid yang dikatakan peminum arak tegar.
  • Sebelum ini, Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagian Kota Bharu mengakui berbuat demikian sewaktu beliau masih muda.

Semalam, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama."Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat.

"Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita sewaktu berkempen dari rumah ke rumah di sebuah estet India di Kerling di Hulu Selangor semalam.

Nota:

Zaid dan Ibrahim adalah orang politik berasal dari Kelantan, mereka berdua pernah menjadi ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Zaid menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu manakala Ibrahim menjadi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas.

Mereka berdua ada prinsip tersendiri, Dato' Pa tak boleh control mereka berdua ini kerana mereka berdua juga ada cita-cita untuk menerjui UMNO Negeri Kelantan kerana mereka ada cara untuk menewaskan PAS di Kelantan tapi tidak diberi peluang oleh pucuk pimpinan UMNO.

Sehinggalah dimana Ibrahim dipecat dari menerajui UMNO Bahagian Pasir Mas dan Zaid dilucutkan hak sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Kini mereka berdua tidak lagi menyertai UMNO, tapi nasib mereka baik. Ibrahim kini menjadi Ahli Parlimen bebas dan Zaid baru saja melepaskan jawatan Menteri dan kini menjadi calun PKR dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Sekiranya Zaid menang dalam pilihanraya nanti maka ada dua orang ahli politik kelantan yang matang berada didalam parlimen yang tidak mewakili UMNO tapi bekas pemimpin hebat UMNO.

Rakyat Hulu Selangor mampu mencorakkannya.

1 comment:

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Saya setuju dgn ulasan Sdr Abe Pie. Mereka terbiar di Kelantan tetapi berjaya membina tapak yg lebih kukuh di luar Kelantan. UMNO Kelantan di bawah pimpinan To' Pa perlu melihat isu ini. Seperkara lagi UMNO Kelantan juga seharusnya tidak mengenepikan kelompok veteran UMNO Kelantan termausklha Hussein Serama etc. Membiarkan mereka menyebabkan mereka akhirnya dipintas oleh puak2 lain yg berkepentingan seperti pembangkang...lihat sahaja isu Ku Li dan minyak.
Walaubagaimanapun seperkara yang menraik perhatian saya sepanjang bergeliwak di Hulu Selangor ini ialah tentang kematangan pengundi Hulu Selangor dalam menerima orang bukan dari Selangor sebagai Calon. Hari ini Dr. Halili telah keluar PKR dan terbukti bahawa beliau gagal menyerap perubahan yang digagaskan oleh parti itu sendiri. Bebeza dgn ore Kelate, mereka masih sanggup menerima Sallehuddin dan Nasharuddin. JAdi pada saya PRK P94 ialah medan untuk menguji kematangan orang Selangor dalam politik.