Wednesday, January 6, 2010

Di-Mana Dato' MUFTI?

Tajuk berita Utusan Malaysia hari ini, 'KEMELUT KELANTAN SERIUS' memeranjatkan seluruh rakyat Kelantan amnya. Apa tidaknya, sedang KDYMM Tuanku Al-Sultan mendapat rawatan bagi memulihkan penyakit yang dialaminya, isu keluarga sudah menjadi bahan berita umum yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan insitusi keluarga DiRaja Kelantan.

Saya difahamkan bahawa dalam haraki pentadbiran Istana Kelantan ada satu badan yang dipanggil 'Majlis Penasihat Raja' yang berfungsi bagi menasihati keluarga DiRaja dalam menyelesaikan sebarang bentuk masaalah yang dialami oleh pihak Istana. Dimana letaknya fungsi badan tersebut sehingga tercetusnya berita yang boleh menjejaskan insitusi DiRaja Kelantan dalam sehari dua ini.

Dan bagaimana peranan Kerajaan Negeri sehingga boleh membiarkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku, Bagaimana seorang Menteri Besar tidak endah kepada titah Tuanku untuk dijemput menghadap dan dengar kabar Timbalan Menteri Besar pergi menghadap Tuanku pada jam 3 pagi. Mengapa perkara ini boleh terjadi.

Kepelekan banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tapi mujurlah ALLAH masih sayang kepada keluarga DiRaja Kelantan, tidak ada perkara yang tidak dingini berlaku yang boleh menjejaskan ketaatan rakyat kepada Insitusi Diraja.

Kepada seluruh rakyat Kelantan, marilah kita semua berdoa semuga KDYMM Al-Sultan cepat semboh dan selamatlah usrah DiRaja dari berpecah belah kerana ALLAH mahu umatnya bersatu dan jauhi dari berpecah belah.

2 comments:

Unknown said...

alhamdullillah, boh yi sehat doh,
buleh update blog doh.

Unknown said...

maaf la ambo tak dan nok gi melawat, cumo dan kecek dengan kak ani jah, tapi ari-ari dok pantau blog kalu updated tu maknonya sehat dohla, salam