Tuesday, January 26, 2010

PECAT, ZULKEPLI.

'tunggu apa lagi?'
sokong UMNO la.

Kalau dah hati CINTA kepada UMNO dan menaruh harapan untuk terus dikenali untuk jadi popular, maka tak usahlah tungggu lama-lama, tak usahlah sengaja cari pasal nak suruh orang usir hanya mahu dijadikan sebagai alasan, kerana cara itu orang panggil 'ahli politik murahan'. Tak kiralah orang itu bernama besar ataupun kecil.

Dalam kes YB. Zulkepli Nordin (PKR) yang bertelagah dengan YB. Khalid Samad (PAS) telah menampakkan bahawa Zulkepli Nordin jelas tidak mengunakan salurun parti bagi meleraikan kekusutan, malah mengunakan kuasa polis dan undang-undang bagi menunjukkan bahawa tindakannya terhadap Khali Samad itu betul.

Betul atau tidak betul, keputusannya akan mengambil masa, entah selepas pilihanraya umum ke 13 nanti pun mungkin kes lapuran polis itu belum selesai dan mereka berduapun mungkin sudah tidak jadi wakil rakyat kerana sekarang ini pun sekiranya ada pilihanraya kecil tempat mereka sekiranya calun itu masih orang yang sama tidak menjaminkan kemenangan kepada parti pembangkang kerana sekarang ini rakyat telah bertukar arus untuk menjayakan slogan 1MALAYSIA, rakyat didahulukan.

Untuk itu adalah sarankan kepada Sdr. YB. Zulkepli Nordin, keluarlah dari PKR dan menjadi wakil rakyat bebas seperti YB. Ibrahim Ali, dan sokonglah UMNO atau boleh juga menyertai PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali bagi menambah tanaga untuk berjuang bagi memperkasakan kuasa MELAYU supaya terus memegang kuasa di tanahair kita ini.

Kan elok, dalam sejarah politik negara bahawa ada dua orang manusia yang menang bertanding diatas tiket pembangkan iaitu satu daripada PAS dan satu daripada PKR dan setelah bergelar Yang Berhormat telah bertukar menjadi wakil rakyat bebas yang pro UMNO.

Kerana politik itu sendiri perlu kepada 'PENGORBANAN, BERKORBAN & DIKORBANKAN',



1 comment:

abdmustafa said...

Apa salah nya YB Zul nak buat police report... itu hak YB. Lagi pun benda ni selalu di buat oleh PKR !!! Itu namanya demokrasi ...