Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri KDN mengatakan hari ini akan diadakan mesyuarat Pertama Makmal Pengurusan PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan pekerja Asing yang baru diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri kelmarin.
Mengikut Mahyuddin, makmal tersebut akan merumuskan bagaimana satu sistem dapat dibangunkan bagi mempastikan pengambilan pekerja asing hanya berdasar keperluan selain kawalan keluar masuk yang lebih rapi.
Ingin saya sarankan kepada perkara utama supaya pengurusan kemasukan dan kepulangan pekerja asing tidak menjadi kelam kabut dan dapat diuruskan dengan tersusun dan bertanggongjawab.
1. Kelulusan yang hendak diberi mestilah berdasarkan keperluan majikan. (Tidak memberi kelulusan khas kepada kawan-kawan yang berniaga mencari keuntungan mudah dengan menjual kertas kelulusan Menteri walaupun keperluan majikan sedikit tapi diberi kelulusan banyak).
2. Mesti ada pemantauan yang bertanggongjawab yang akan mempastikan tarikh kemasukan pekerja asing mengikut jadual dan pengambilan pekerja dipintu masuk disyaratkan kepada Syarikat-Syarikat tertentu yang diberi kelulusan oleh KDN. (Syarikat Out Sourcing hendaklah diberi tanggongjawab dan sekiranya Syarikat itu tidak melaksanakan syarat yang dikenakan maka satu tindakan yang berat hendaklah diambil).
3. Majikan tidak diberi kelulusan terus, pengambilan pekerja asing hendaklah dibuat melalui Syarikat Out Sourcing, Ini bagi memudahkan pemantauan pekerja supaya tidak lari dan apabila cukup tempuh untuk dihantar pulang, maka ada Syarikat yang bertanggongjawab.
4. Syarikat Out Sourcaing yang diali baba hendaklah dibatalkan lesennya dan yang tidak ada akuan kewangan yang jelas yang hanya berniaga menjual kouta juga hendaklah dibatalkan lesennya dengan mengenakan denda ataupun hukuman yang berat.
Sistem yang ada hari ini harus diperkemaskan dengan Jabatan Kerajaan hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Syarikat Out Sourcing supaya pengurusan dan pemantauan pekerja asing dapat ditingkatkan bagi mengelakkan berlakunya ramai pekerja asing menjadi pekerja tanpa izin.
Makmal Pengurusan PATI tidak akan berkesan sekiranya hanya Jabatan Kerajaan saja yang ditugaskan, penglibatan Syarikat-Syarikat yang terlibat dalam pengurusan Pekerja Asing hendaklah dilibatkan sama supaya hasrat Kerajaan dapat sama-sama laksanakan untuk kepentingan Negara.
KDN jangan terperangkap dengan komen-komen NGO atau individu tertentu yang sebenarnya tidak mahir dalam pengurusan pekerja asing tapi bercakap seperti pakar tanpa alasan yang menasabah. malaysia masih memerlukan tenaga boroh asing bagi memacukan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment