Rakyat Kelantan belum memutuskan sebarang bentuk tindakan bagaimana untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak, tapi rakyat kelantan sedang memerhati detik perdetik apakah kesudahannya kerana kepada rakyat kelantan negerinya harus terus membangun bersesuaian dengan kepesatan pembangunan dunia hari ini.
Apa saja nama tak kira royalti kah atau wang ihsan kah asalkan wang itu mengalir di Kelantan ianya telah menjadi kesyukuran kepada rakyat kelantan tapi dengan syarat jangan ada pihak yang mengunakkan wang tersebut dengan cara mencurigakan.
Tapi pemberian sebanyak rm 20 juta itu dikira teramat sedikit kalau dibandingkan dengan hasil yang dipunggut oleh Petronas, sepatutnya rakyat kelantan boleh mengecap nikmat yang lebih banyak lagi. Ini berlaku kerana kuasa politik di kelantan dikuasai oleh PAS dan untuk rakyat kelantan mahu melihat bahawa kelantan akan mendapat hasil minyak yang banyak adalah disarankan pada PRU ke 13 nanti rakyat kelantan cuba mengalih sokongan kepada BN pula dan saya yakin hasil minyak kelantan akan datang mencurah-curah ke negeri cik siti wan kembang itu.
Pokok perbalahan isu royalti minyak sekarang bukan kerana minyak terdapat diluar pesisir pantai kelantan, bukan kerana petronas tak ada wang untuk diagihkan kepada kelantan, tapi kepada saya isunya kerana politik, sebab negeri kelantan diperintah oleh PAS, diperintah oleh pembangkang, maka cekemanan terpaksa dilakukan untuk mengelak wang itu digunakan oleh Kerajaan PAS bagi kepentingan politik partinya.
Walau bagimanapun isu royalti minyak tidak akan selesai dengan mudah, PAS akan terus mendesak dan akan jadikan modal politik bagi mendapat simpati rakyat supaya terus menyokong PAS dan mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan. Isu kezaliman akan terus berkumandang kerana wang rakyat kelantan melalui rezeki minyak disekat oleh kerajaan pusat. Manakala UMNO akan terus melaburkan wang minyak untuk menarik minat rakyat supaya beralih angin untuk mencuba supaya kerajaan baru akan ujud di kelantan yang diteraju oleh UBN.
Yang menjadi topik sekarang, dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, siapa yang akan jadi Menteri Besar sekiranya PAS masih lagi terus berkuasa kerana dalam PAS sekarang ini telah ujud puak-puak dan siapa agaknya yang layak jadi Menteri Besar sekiranya UMNO diberi mandat untuk berkuasa di Kelantan memandangkan pemimpin UMNO Kelantan tidak begitu mesra dengan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini.
Rakyat kelantan yang bijak akan sokong orang pada piliharaya akan datang, rakyat kelantan tidak lagi akan menyokong parti, maka parti mana yang dapat meletak calun yang disukai oleh rakyat maka parti itulah yang akan menang, ertinya faktor calun jadi penentu menang ataupun kalah.
No comments:
Post a Comment