Sunday, February 7, 2010

Perniagaan untung yang lumayan.

Tahun 2010 baru berlalu 38hari. Berita berkenaan rampasan tangkapan dadah hangat diumumkan oleh pihak polis dan kastam dan terbaru tangkapan dibuat lapangan terbang KLIA yang melibat penyeludupan dadah bernama 'syabu' yang bernilai rm13.6juta, satu angka yang agak besar, 3/4 daripada peruntukan wang ihsan untuk negeri kelantan.

Pertama; kemanakah hendak dijual 'syabu' tersebut, adakah untuk pelanggang di malaysia saja atau malaysia dijadi sebagai tempat transit untuk diedar ke negara lain, saya yakin pihak polis Malaysia tahu susun galur perjalanan 'syabu' tersebut setelah ianya berada di Malaysia.

Kedua; apakah tidak terlepas kemasukan atau penyeludupan dadah ke Malaysia sebelum daripada ini yang tak dapat dikesan ataupun tak dapat di tangkap melalui pintu masuk KLIA dan sekiranya terlepas berapa banyakkah nilai harga dadah tersebut.

Kalau dihitung barang tangkapan itu, ianya boleh dibekalkan kepada beribu-ribu penagih, dan melihat kepada kegiatan pengedaran dadah berleluasa di malaysia ini tentunya peminatnya agak ramai. Yang peliknya walaupun hukuman kepada pengedar itu berat sehingga boleh membawa mati tapi taukehnya masih banyak. Apakah kerana pendapatan lumayan, mereka itu tidak takut kepada undang-undang dan mati.

Atau sebenarnya menjadi pengedar dadah tak jadi hal kerana mudah lolos daripada tangkapan dan undang-undang, hanya mereka yang kurang bernasib baik saja yang tidak terlepas dari tindakan undang-undang dan tangkapan. Dan belum tentu dihukum.

Nampaknya penjualan dadah sama dengan perniagaan pelacuran, walaupun tangkapan dibuat , dua perniagaan ini tidak dapat dihapuskan, dan perniagaan ini mendatangkan pendapatan yang lumayan, penguatkuasa ada tapi tak dapat hendak hapuskan. Dimana silapnya?.

Yang menjadi kegerunan sangat kepada saya ialah satu lagi perniagaan penyeludupan yang merbahaya kepada rakyat, iaitu perniagaan 'senjatapi'. kalau dadah, pelacur dengan senang diseludup masuk ke Malaysia, bagaimana pula dengan kemasukan senjatapi secara haram, ini boleh mengancam nyawa manusia dan juga boleh menghancurkan negara.

Dengan kawalan sempadan yang longgar ada kemungkinan negera kita juga jadi tempat transit untuk bekalan senjatapi kepada perompak, pencuri,penyamun,gangstar,ahli kongsi gelap dan ansir-anasir jahat bagi menghuru harakan negara.

Oleh itu adalah diharapkan kepada kerajaan supaya bidang perniagaan DADAH, PELACURAN dan SENJATAPI semuanya secara haram hendaklah diberi perhatian yang serius kerana perkara ini boleh mengacam KESELAMATAN NEGARA dan kepada penguatkuasa yang diberi tugas dan tanggongjawab bagi membasmikan pekara tersebut sekiranya didapati bersubahat hendak dijatuhkan hukuman 'bunuh' sama dengan tuan yang ampunya barang.

Cegahlah sebelum bertambah parah. Jangan dok asyik nak tambah harta saja.

No comments: