Tuesday, June 10, 2008

Jangan Biarkan, "Nafsu menguasai Akal".

Dalam seminggu ini banyak kematian di Kelantan disebabkan kemalangan jalanraya, semuanya parah & ngeri dan ada yang terbakar hidup hidup. Adakah kerana kecuaian manusia atau memang sudah nasib badan. Kempen keselamatan jalanraya tak berkesan, perangkap had laju tidak dapat menyelesaikan masaalah, hukuman penjara pun tidak dapat mengelakan kemalangan jiwa berlaku.

Apa lagi usaha yang harus dilakukan oleh kerajaan, sifat manusia agaknya kecelakaan berlaku atau masih ada kaedah dan cara bagi mengatasi kemalangan maut dari terus melanda kecelakaan ini.

Ahli ahli politik parti yang memerintah dok asyik atur startegi nak berlawan sesama sendiri, kalau ada seminar hal keselamatan jalanraya pun ambil kisah batuk ditangga saja, tidak ada kesungguhan untuk berbincang secara lebih serius hanya harap pada agensi yang bertanggongjawab saja.

Dalam pertemuan politik untuk mengempen dapat pencalunan nak bertanding, isu kematian kerana kecelakaan jalanraya tidak pernah diketengahkan. Kecelakaan yang merupakan nasib telah tersurat tak dapat dielakkan, tapi kecelakaan atas kecuaian dapat dikurangkan asal saja slogan 'berhati hati dijalan raya' diamalkan oleh semua pemandu.

Begitu juga dengan pemimpin parti pembangkang, tidak ada cadangan yang diutarakan bagi mengelakkan kecelakaan kemalangan jiwa berlaku, asyik dok hentam kerajaan saja, soal nyawa manusia tidak dijadikan agenda perjuangan mereka.

Tali keledar tidak juga boleh menyelamatkan nyawa sekiranya pertembungan berlaku berdepan, tentunya kenderaan yang dipandu laju akan menghancurkan muka dan kepala manusia, usahkan manusia besi kereta yang pejal pun hancur lebur. Tapi manusia ini, walaupun melihat dengan mata lendir sekali pun tidak menginsafkan, tak serik dan tak rasa takut. Pada mereka yang kaki pecut tak kisah langsung kengerian yang berlaku.

Hanya manusia yang ada akal dan mengunakan akal dengan baik, kecelakaan jalanraya akan dapat dikurangkan itupun sekiranya nafsu tidak menguasai akal.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jangan tak sayang nyawa".

1 comment:

Anonymous said...

try tukar ore lain pulok gak jadi Ketua Perhubungan Umno kelantan ni, takut-takut buleh mene 2 / 3 kerusi dale pru 13 nanti, tahu doh hok ada ni ni koho abih kerusi, try hok lain pulok, wi ko ku li ko, lagu mana?