"Datuk Kamal" atau "YB. Kamal" atau "YB Datuk Kamal" itulah gelaran yang diberi kepada calun BN di Hulu Selangor sekarang ini. Diangkat tinggi martabat kepada ahli MIC ini supaya rakyat dan pengundi Hulu Selangor selesa untuk memberi kemenangan kepada beliau pada 25hb. April nanti.
Belum pun peti undi dibuka, calun BN itu sudah pun menunjukkan minatnya sebagai wakil rakyat, pergi kesemua tempat, tengok longkang busuk, masuk pasar ikan dan sayur, melawat rumah orang tua, zairah orang sakit lumpuh, memberi bantuan kepada orang miskin dan suka dipanggil nama melayu iaitu "KAMAL" bukannya A. Nathan seperti nama asalnya Kamalanathan. Itulah diantara tektik yang diguna pakai oleh calun BN itu kerana dia tahu orang melayu saja yang boleh memberi kemenangan kepadanya.
Menyamar untuk mencari kemenangan tidak salah, bekerja untuk mencari kemenangan tidak salah yang akan salahnya apabila semua janji dalam kempen pilihanraya ini tidak ditunaikan apabila sudah mendapat gelaran sebagai ahli parlimen. Selalu itulah yang terjadi seperti janji orang UMNO yang bertanding Ahli Majlis Tertinggi, yang mana sebelum menang berbagai-bagai janji dibuat dan selepas menang minta nak jumpa pun 7 bulan tak jawab-jawab.
Semalam dalam satu majlis makan malam, diatas pentas utama tidak kelihatan pemimpin kompenan BN selain daripada calun MIC, yang ada hanyalah pemimpin kanan UMNO seolah-olah majlis UMNO sedang berlangsung, sedangkan majlis itu adalah majlis kempen untuk BN. Dimana tak kenanya sehingga pemimpin besar MIC S.Samy Vellu dan pemimpin MCA Chua Soi Lek tidak kelihatan dipentas utama.
Apakah ini petanda yang tidak baik kepada BN. jangan ada diantara kompenan BN cuba mengambil kesempatan untuk mensabotaj keikhlasan Dato' Najib untuk menjaga 'model BN' yang mana beliau tahu agak susah sedikit untuk mendapat kemenangan sekiranya calun MIC diturunkan tapi atas semangat BN beliau bertegas untuk memberi kepada MIC bertanding di Hulu Selangor.
Dengan MCA tidak dapat membantu secara total kerana moral pemimpinnya masih dipertikaikan oleh masyarakat cina, MIC pula kecewa kerana orang harapan presidennya tidak dipilih untuk bertanding dan UMNO lesu kerana pandangan dan cadangan tidak diterima pakai oleh pucuk pimpinan ini boleh mengagalkan harapan Dato' Najib yang begitu yakin untuk melihat kerusi Parlimen Hulu Selangor dimiliki oleh BN nanti.
Yang pastinya 200 undi BN yang dapat kepada BN dalam pilihnaraya umum lalu mungkin akan bertukar haluan sekiranya BN tidak memantau dengan rapi disatu peti undi dihujung sempadan hari ini kerana soal pemilikan tanah akan diselesaikan oleh PKR. 200 undi adalah besar dalam pilihanraya kecil yang sengit ini. BN kena hubaya-hubaya lah.
No comments:
Post a Comment