Siapa saja calun BN di Parlimen Hulu Selangor nanti bukan menjadi kayu pengukur kepada kekuatan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Ianya tidak ada sangkut paut dengan kehendak seluruh rakyat Malaysia. Di Hulu Selangor adalah untuk orang Hulu Selangor saja.
Dah dipastikan bahawa calun BN disitu nanti adalah orang India yang mewakili parti MIC atas tiket BN. Faktor calun dari parti mana sudah tidak menjadi topik lagi. Yang dibincang sekarang ini siapakah orangnya. Pada hal siapa saja calun yang dipilih sudah tidak dapat mengubati hati orang UMNO disitu terutamanya kepada mereka yang bercakap dari dulu lagi bahawa sekiranya calun bukan dari UMNO kemenangan tidak akan berpihak kepada BN.
Kata-kata itu akan dikotakan, inilah yang bahaya kepada BN dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor itu, tambah pula orang melayu sudah kurang percaya kepada peranan wakil rakyat dari MIC, apa tah sekarang ini isu soal melayu hangat diperdebatkan oleh banyak pertubuhan NGO.
Tentunya orang melayu di Hulu Selangor tidak mahu dituduh melayu yang boleh dicucuk hidung, dah tahu sekiranya calun BN bukan orang melayu adalah susah untuk menang tapi terima saja keputusan yang dibuat oleh orang atasan. Dan sememangnya keputusan itu mesti diterima kerana mengiktiraf konsep BN dan slogan 1Malaysia, kalau tidak mahu ikut buat apa kita pilih pemimpin dan ada pemimpin.
Oleh itu para pengundi melayu di Hulu Selangor yang terdiri daripada UMNO hendaklah bekerja berlipat ganda bagi mempastikan calun BN menang,bukan saja menang tapi mahu menang besar bagi mengambarkan bahawa calun bukanlah penentu kemenangan dalam pilihanraya. Atau mahu terus menerima pendapat bahawa dalam pilihanraya selain dari faktor kekuatan parti tapi faktor calun juga menjadi keutamaan.
Pengundi melayu di Hulu Selangor sekarang ini berada dalam dalima, nak pilih calun BN bukan melayu sedangkan mereka disitu tebal semangat kemelayuannya, dan tentunya PKR akan umum calun melayu pada malam besok. Jadi bertembonglah antara melayu dan bukan melayu di Hulu Selangor. Apakah orang melayu di Hulu Selangor akan ketepikan semangat kemelayuan untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada BN.
Dalam hal ini untuk kempen pilihanraya di Hulu Selangor nanti PKR sudah mendapat markah yang pertama dikalangan orang-orang melayu disitu termasuk pengundi dari UMNO. Dan kita tunggu langkah seterusnya apabila sampai hari penamaan calun nanti.

No comments:
Post a Comment