takdir diterbalikkan
Banyak orang mengeluh apabila hendak sesuatu benda tapi tidak mampu untuk mendapatkannya. Kadang-kadang bersunggut, kenapa ianya tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya, dalam keluarga orang yang berada atau dalam keluarga Sultan dan Raja-Raja. sebab sekiranya dilahirkan dalam keluarga tersebut maka masaalah kehendak kepada sesuatu benda itu dengan senang akan mendapatkannya.
Sunggutan dan keluhan terdengar dimana-mana, dikedai kopi, dipejabat dan diluahkan juga didalam blog-blog. Bersunggut kenapa orang lain lebih baik nasibnya daripada dia. Orang lain nak pakai kereta mewah dapat tapi dia nak pakai kereta proto saga pun tak boleh beli. maka lahirlah sifat dengki dalam diri, dan buatlah tuduhan itu dan ini, rampas harta rakyatlah, rasuahlah, menyamunlah dan macam-macam lagi.
Sedangkan ia sedang berangan-angan, "kalaulah aku jadi orang kaya, bini orang berada atau anak raja", semua yang akan hajati akan dapat, ia tak payah berdengki lagi. Itulah sifat manusia yang suka cari kesalahan orang lain. Soal kaya dan miskin pun dijadikan isu untuk mengutuk. Sebenarnya ia mahu jadi orang kaya, ia mahu jadi orang berada, ia mahu jadi anak raja, kalau salah satu ada padanya maka tidaklah dia menulis mencaci hamun seperti ditulis dalam blog.
Oleh kerana dia tidak punya apa-apa, harta orang dihitungkannya, kereta orang dijadi perbandingan dengan keretanya, bini orang diperbandingkannya. Tapi kalau semua yang ia angan-angankan itu adalah dirinya maka tersengeh-sengehlah ia, suka dan gembira.
Inilah peal yang susah hendak dihapuskan, kalau bini orang berada tak pakai tudung, dicemuh merata-rata sedangkan bini ia pakai seluar jean nampak luruh jubur tak apa. Penyakit ni terdapat pada orang yang tulis dalam 'cbog' ini. Kononnya nak suruh baca artikal dalam 'wargamarhean', itu artikal sakit hati kepada Tengku Temenggong Kelantan, kerana Tengku Temenggong kaya lebih daripada dia, Tengku Temenggong orang bijak pandai cari duit baguslah tu, tidak menyusahkan kepada orang lain.
Yang kita dok dengki tu pasal apa, Tengku Temenggong nak bawa Sultan bersiar-siar ke, nak buat jamuan untuk orang miskin ke, itu urusan dia, sepatutnya kita tolong beri semangat kepada keluarga D'Raja terutamanya semuga KDYMM Tuanku semboh sepenohnya secepat mungkin. Boleh setara tu dulu pun dikira sangat bagus kalau hendak dibandingkan semasa mula-mula jatuh gering dulu sehingga ada pegawai kerajaan dah buat persiapan untuk upacara ........Tuanku.
Tengku Temenggong tidak buat dosa kepada kita dan tak usahlah nak mengata kerana dengan mengatakan itu menunjukkan kita takut untuk berdepan dengan alam nyata dihari muka. Oleh itu saya sokong Dato' Noh Omar kerana tidak lupa sejarah walaupun terpaksa meminta maaf kerana Allah sudah tetapkan bahawa Dato' Noh kena buat kenyataan minta maaf sebab memohon maaf adalah budaya orang melayu dan bukanya bererti mengaku kalah.
Cina dan India juga kena akui, asal usul nenek moyongnya dulu-dulu. Itulah takdir dan sejarah pada keturunan dan bangsanya.
No comments:
Post a Comment