Diwaktu Kerajaan war-warkan bahawa sudah tidak ada tempat kepada wagra asing yang mahu datang bekerja di Malaysia, kini soal ketidak cukupan tenaga kerja di berbagai-bagai sektor pengeluar export akan dibawa bincang dalam kabinet.
Dengan erti kata, sekiranya kerajaan tidak mengatasi masaalah yang dihadapi oleh majikan yang mahu bekalan pekerja tidak dilaksanakan akibatnya banyak kilang-kilang akan ditutup terutamanya kilang-kilang gergasi dari jenama luar negara. Dan ini akan menjejaskan prestasi ekonomi negara., maknanya negara kita masih tergantung kepada boroh asing.
Sebenarnya ideal siapa yang mahu stop kemasukan pekerja asing ke malaysia ini, ideal yang tidak masuk akal dan tindakan yang bodoh. mana mungkin syarikat dari luar negara mahu beroperasi di malaysia sekiranya tenaga tidak mencukupi dan menjejaskan pengeluaran, sedangkan kita mahu wujudkan kilang-kilang yang besar untuk merangsangkan ekonomi negara tapi pada waktu yang sama kita tidak membekalkan tenaga yang cukup.
Oleh itu adalah teramat wajar polisi lama mengambil pekerja asing dibenarkan dengan tidak mengabaikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan atau warga malaysia, sekiranya jawatan boroh rakyat malaysia tidak mahu bekerja tapi diperingkat kerani dan pegawai disyarikat multinasional itu hendaklah diwajibkan kepada rakyat malaysia.
Untuk mengelakkan lambakan warga asing yang tinggal disini secara tidak sah, pihak penguatkuasa hendaklah sensitif dengan lapuran orang ramai yang telah memberi maklumat supaya tangkapan dibuat dan saya yakin operasi yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa sekarang termasuk polis, imegresin,RELA dan agensi-agensi yang teribat akan berjaya sekiranya tidak ada kebocoran jadual operasi tersebut.
Begitu juga dengan amalan rasuah, tangkapan tidak akan melepasi sasaran sekiranya terdapat dikalangan pegawai penguatkuasa mengamalkan gaya hidup yang mewah dengan bertindak menerima rasuah dan melepaskan pihak yang bersalah. Ini dapat dilihat banyak tangkapan dibuat tapi taukeh selalu lepas dari operasi tersebut dan tidak didakwa, yang jadi mangsa dakwaan adalah anak-anak kuli yang namanya dipakai oleh taukeh-taukeh besar yang mewah dengan aktiviti yang salah.
Sehingga kini tidak ada kes yang mengemparkan bahawa ada orang yang disumbat kedalam penjara yang masanya agak lama (hukuman maksima) kerana didapati bersalah melindungi pendatang tanpa izin, yang ada hanya didenda dengan amaran dan mereka itu tidak 'serik' untuk mengulangi lagi kegiatan tersebut.
Bagaimana untuk mengurangkan lambakan pekerja asing tanpa izin akan berjaya selagi tanggongjawab tidak diberi sepenuhnya kepada kedutaan negara yang membekalkan pekerja di malayia ini. Syarat attachtation di kedutaan negara membekal hendaklah dikemaskini dengan syarat ada pihak yang bertanggongjawab untuk menghantar pekerja yang sudah cukup tempoh pulang ke negara asal.
Pihak kerajaan hendaklah meneruskan dasar membenarkan Syarikat Out Sourcing memainkan peranan membekal pekerja kepada majikan tapi dilaksanakan mengikut peraturan dan aturan yang telah diberi oleh kerajaan. Syarikat yang berniaga yang hanya menjual kelulusan kepada agen-agen luar hendaklah ditarik balik ataupun dibatalkan dan tindakan keras hendaklah diambil kepada syarikat yang sengaja menjual pasport pekerja kepada agen sehingga syarikat tersebut tidak tahu dimana pekerjanya bekerja.
Hukum mereka yang dapat lesen Out Sourcing tapi 'JUAL' ataupun diberi kepada bangsa asing uruskan dengan hanya jaul pasport pekerja asing dan tidak urus mengikut syarat yang dikenakan. Ini adalah salah satu amalan yang akan melambakkan pekerja tanpa izin kemudian hari kelak yang boleh mengacam keselamatan negara.
Hukumlah mereka yang bersalah sekiranya tak dapat dibaiki lagi.
No comments:
Post a Comment