Saturday, April 17, 2010

Kahwinlah kamu 1, 2, 3 dan 4.

Dato' Shahrizat Jalil melahirkan perasaan kecewa kerana ramai lelaki Malaysia memperisterikan rakyat Indonesia sebagai isteri kedua. Beliau bimbang akan berlaku penganyaian terhadap golongan hawa itu kerana katanya, lelaki Malaysia sukar berlaku adil dalam soal poligami.

Wah, Sharizat telah menjangkau lebih jauh dalam peranannya menjaga kebajikan kaum wanita, bukan saja menjaga kebajikan kaum wanita di Malaysia tapi sempat untuk menjaga kebajikan wanita dari negara jiran, shabas kepada Sharizat sehingga sanggup menuduh lelaki Malaysia ini adalah manusia yang suka menganyaian kaum wanita.

Sepatutnya beliau menarik nafas lega kerana lelaki Malaysia terutamanya yang berugama Islam telah menjauhkan diri dari melakukan maksiat dengan menunaikan ajaran Islam iaitu mengelak dari melakukan perbuatan ZINA dengan berkahwin secara sah. Apakah Sharizat tidak rasa kecewa terhadap lelaki Malaysia yang pergi ketanah seberang dengan alasan bermain golf tapi sebenarnya melakukan perbuatan sumbang.

Sharizat nampaknya terlindung isu yang sebenar dari kejadian yang menyebabkan ramai lelaki Malaysia berkahwin dengan rakyat Indonesia, beliau lebih suka memainkan isu yang meletakkan lelaki Malaysia ini zalim dan kejam dan tidak berperikemanusiaan, wal hal peranan lelaki Malaysia ini sedikit sebanyak boleh membuka mata rakyat Indonesia yang cemburu terhadap Malaysia.

Kalau orang Malaysia ini jahat dan zalim kenapa masih ramai bahkan berduyun-duyun gadis Indonesia tergila-gilakan rakyat Malaysia bahkan sanggup menyerahkan harta dan nyawa untuk dijadikan isteri yang sah. Ini menandakan rakyat kita ini baik dimata gadis Indonesia, lelaki Malaysia bersopan, peramah dan perkasa itulah yang membuat ramai gadis Indonesia tergila-gilakannya.

Sharizat patut kecewa terhadap perempuan Indonesia yang sanggup diperisterikan tapi mempunyai nait yang jahat, yang hanya mahu kepada harta untuk sementara bagi meneruskan kehidupan yang tersempit dan dah dapat harta dari rakyat Malaysia maka ada wanita Indonesia yang 'BERSUAMI DUA' serta ada yang menciptakan cerita bahawa rakyat Malaysia ini zalim dan kejam yang sanggup melukakan isteri. Satu tuduhan yang tidak menasabah.

Kahwinlah kamu Satu, Dua, Tiga atau Empat selagi kamu mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kamu dan inilah patut diperjuangkan oleh Sharizat bagi mengurangkan anak dara tua 'ANDARTU' yang sekarang ini berlambak di Malaysia ini.

1 comment:

Anonymous said...

salam,
ce mohd ada berapa isteri, kalau 1 bolih le tambah lagi 1,2,3 atau 4.