Friday, April 30, 2010

Kerajaan Kelantan - memalukan.

Sah, KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra akan berangkat ke Singapura bagi menerima rawatan susulan. Tuanku sudah boleh bertitah dan kesihatan baginda amat-amat membanggakan, kini Tuanku perlu meneruskan menerima rawatan susulan bagi mempercepatkan proses kesegaran untuk pulih sepenohnya.

Dan keberangakat Tuanku ke Singapura tak usah dirisau oleh rakyat kelantan, kerana kos rawatan akan ditanggong oleh Tuanku sendiri, tidak pelahat untuk mendapat kewangan daripada kerajaan negeri sekiranya kos rawatan Tuanku itu boleh membangkerapkan kerajaan negeri.

Cerita yang menarik apa yang ditulis dalam utusan malaysia hari ini ialah berhubung kos rawatan Tuanku yang lalu yang dikatakan perbelanjaannya hampir sejuta ringgit (Rm1 juta). katanya kerajaan negeri yang bayar bil hospital tapi mengikut sumber Istana Mahkota, duit itu tidak pernah pun dimaklum kepada Tuanku, bahkan ada pihak lain yang membayarnya terlebih dahulu.

Kerajaan negeri hendaklah mengambil inisiatif bagi dilihat bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan ulama tidak bersakat dalam menguruskan insitusi D'Raja, membela KDYMM Tuanku dari dimalukan oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri dan orang-orang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga D'Raja kerana kepentingan diri.

Malu lah sebuah kerajaan negeri yang dianggap berpegan teguh kepada ugama Islam tapi membiarkan gejala yang boleh memecah belah institusi D'Raja kerana dihasut oleh mereka-mereka yang berkepentingan diri untuk mencari peluang mendapat harta dan kuasa.

Apakah kerajaan negeri hari ini sudah tidak mengiktiraf bahawa KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan, ini akan menjadi realiti sekiranya urusan keberangkatan Tuanku ke Singpura nanti tidak diiringin oleh wakil kerajaan negeri. Kita tengoklah nanti.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menghadap KDYMM Tuanku dari masa kesemasa bagi menerima titah Tuanku dan melapurkan aktibiti kerajaan negeri supaya Tuanku boleh mengikuti perkembangan kegiatan kerajaan negeri kerana sekarang ini Tuanku sudah boleh mendengar, melihat dan bertitah dan kesihatan Tuanku sudah pulih yang mana doktor pakar yang merawat Tuanku telah mengesahkannya.

Doa Tok Guru Nik Aziz di mekkah untuk Tuanku diharap dimakbulkan Tuhan.

No comments: