Tuesday, April 20, 2010

Judi, Arak dan Zina.

Abang Zainal kata, Sekiranya orang yang tidak tahu hal ugama yang mendalam tapi bercakap banyak pasal ugama dan hukum itu tandanya hari Qiamat sedang hampir. Saya bukan nak bersyarah pasal ugama tapi nak cerita pasal orang politik Islam. Oleh itu tidak akan berlaku Qiamat kerana tulisan saya ini.

Kerana pilihanaraya kecil di Hulu Selangor, soal minum arak menjadi topik perbincangan dan syarahan dan kini timbul pula soal judi, bergelegaklah isu arak dan judi diperkatakan dipentas-pentas syarahan politik oleh mereka yang lupa bahawa bercakap soal arak dan judi itu dalam pilihanraya kecil sudah terkeluar dari isu sebenarnya yang mahu didengar oleh pengundi di Hulu Selangor.

Pengundi di Hulu Selangor mahu mendengar bakal wakil rakyat mereka itu berjanji untuk membangunkan prasarana yang belum siap, mahu jalan kampung di tar supaya tidak berselut, mahu madrasah dan masjid selesa ada api letrik dan air bersih dan mahu soal 'hak milik tanah' dipercepatkan kerana itu adalah teras kehidupan mereka.

Mereka tidak peduli calun itu minum arakkah, berjudikah atau BERZINAKAH kerana soal tersebut tidak ada kena mengena dengan kehidupan mereka. Yang mereka mahu tanah yang diterokai sejak berpuluh tahun lamanya kini akan menjadi hak miliknya kerana diatas tanah tersebutlah mereka akan mendirikan rumah dan tempat mengaiskan rezeki untuk anak beranak.

Buat apa pilih BN sekiranya hak mereka tidak dapat, buat apa pilih PKR sedangkan kuasa untuk memberi hak milik didalam tangan menteri besar tapi kedekut untuk memberi kepada rakyat. Inilah isu yang akan menentukan siapakah yang menjadi pilihan yang akan dinobatkan sebagai wakil rakyat mereka pada 25hb. April nanti.

Zaid Ibrahim minum arak kah, berjudikah mereka tidak peduli, janjinya Zaid Ibrahim akan memperjuangkan supaya kerajaan Selangor yang diteraju oleh PKR dapat memberi 'hak milik tanah' kepada mereka nanti, itulah yang akan diundi oleh mereka, tapi sekiranya pejuang keadilan rakyat ZAID IBRAHIM tidak mampu menyuarakan hasrat rakyat banyak ini kepada KHALID IBRAHIM supaya menyempurnakan kehendak suara pengundi itu bermakna ketua keadilan ANWAR IBRAHIM gagal dalam mendidik anak buahnya supaya berlaku adil kepada rakyat.

Begitulah lumrah politik, kena tunai janji dan berjanji serta melaksanakan tutntutan pengundi menjadi tanggongjawab besar, siapa diantara calun yang layak untuk menjadi payung kepada rakyat Hulu Selangor nanti hanya pengundi di Hulu Selangor yang akan menentukan, orang yang turun berkempen di Hulu Selangor sekarang ini tidak akan datang lagi untuk menunaikan janjinya kerana mereka bukan alat kepada rakyat di Hulu Selangor.

Kelmarin isu ARAK, hari ini isu JUDI dan adakah isu ZINA nanti. kerana dalam dunia ini ada orang yang tidak suka minum arak tapi suka berjudi, ada orang yang tak suka berjudi tapi suka berzina, ada orang yang tak suka berzina tapi suka minum arak, ada orang yang suka berjudi dah menang ada duit minum arak dan dah mabuk suka berzina pula, semuanya suka tapi ada orang yang tidak suka semua, judi tak suka, minum arak tak suka, zina tak suka dan sembahyang pun tak suka.

Mana lebih baik daripada suka semua buat maksiat dan suka sembahyang daripada tidak melakukan semua maksiat termasuk tidak suka sembahyang. Semuanya tidak baik, yang baik ialah BUAT APA YANG TUHAN SURUH, TINGGAL APA YANG TUHAN LARANG. Selamat dunia dan akhirat.

1 comment:

imlan adabi said...

Pengundi tahu hak mereka... isu arak kurang berkesan kerana rakyat tahu sejarah BN di SelAngor