Monday, April 5, 2010

Siapa benar, betulkah Nik Aziz Berbohong?.

ganti Nik Aziz.

Untuk mengetahui apa yang PAS lakukan perkara yang tidak baik saya selalu membuka blog Kickdefella akhir-akhir ini. kerana beliau nampaknya suka membongkar rahsia PAS berserta dengan bukti-bukti. Terbaru Kickdefella dengan berani menuduh Tok Guru Nik Aziz 'BERBOHONG' apa bila Nik Aziz menafikan bahawa beliau tidak pernah mengetahui bahawa Kerajaan PAS pernah mendapat wang dari hasil memberi kelulusan balak.

Berani sungguh Kickdefella menuduh seorang Tok Guru berbohong, seorang tok guru yang mempunyai kuasa sebagai seorang pemerintahan negeri yang didakwa banyak orang sebagai seorang keramat, seorang tok guru yang 'gedeba' yang mana kepada Sultan pun tok guru tidak hormat, diminta menghadap Tuanku di Singapura pun tidak pergi. Berani sungguh Kickdefella ni.

Soalan saya sekarang ialah Siapakah yang berbohong. Kickdefella kah atau Nik Aziz sebagai Menteri Besar yang bergelar Tok Guru (Orang alim). Sekiranya Kickdefella berbohong dan membuat fitnah kepada Tok Guru Menteri Besar, kenapa pihak PAS dan Kerajaan Negeri tidak melapurkan hal tersebut kepada pihak Polis sepertimana lapuran polis yang telah dibuat terhadap Dato' Wan Hashim Wan Daud, Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan.

Biar polis tangkap Kickdefella seperti polis tangkap Dato' Wan Hashim dan buat soal siasat, kalau tak ada bukti lepaskan saja dan kalau cukup bukti buatlah pendakwaan sepertimana yang telah ditentukan dalam undang-undang. Tak kan Tok Guru tak boleh arah polis siasata dan dakwa Kickdefella. Pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella itu sekiranya bohong dan fitnah, dakwakan lah. Tapi polis juga kena bertindak melapurkan atau membuat polis report terhadap Nik Aziz yang dikatakan membohongi publik kerana menafikan tuduhan yang di buat oleh Kickdefella. SPRM juga hendaklah masuk siasat Nik Aziz itu, jangan nanti semua barang bukti telah hilang baru nak menyiasat.

Kerja polis tangkap orang yang buat salah dan dakwa, jangan hanya tangkap dan tahan di lookup dan lepas itu bebas tanpa didakwa, sebelum tangkap itu kaji dulu kes ada bukti ke tidak takut nanti orang yang ditangkap itu teranyaiya, free je masuk lookup.

Apabila Kickdefella tuduh Nik Aziz berbohong saya teringat satu cerita yang mana apabila KDYMM Tuanku sudah pulang ke Kelantan dan Nik Aziz serta Exconya telah pergi menghadap di Istana Mahkota, KDYMM Tuanku telah bertitah kepada TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN, HAJI NIK AZIZ NIK MAT, tapi apabila Nik Aziz pulang, satu patah perkataan pun Nik Aziz tidak memberitahu rakyat apa yang dititah oleh Tuanku, hanya selepas seminggu baru Nik Aziz bersuara,katanya supaya rakyat pergi tengok sendiri. Sombongnya jawapan Tok Guru.

Sedangkan rakyat tentunya tidak boleh masuk Istana seperti pergi di pasar siti khadijah ataupun pasar malam. Rakyat mahu tahu apakah kesihatan Tuanku seperti yang Nik Aziz baca pengumuman dulu bahawa Tuanku makan melalui wayar ikut perut, benar-benar begitu, rakyat mahu tahu apakah Tuanku sudah boleh bertitah, rakyat mahu tahu apakah Tuanku sudah boleh mendengar dan melihat. Kenapa Nik Aziz tidak memaklumkan kepada seluruh rakyat jelata, apa yang Tok Guru baca itu benar. Dan bagaimana Tok Guru boleh tahu sedangkan beliau sendiri tidak pernah melihat keadaan Tuanku sebelum ini, apabila Tok Guru menerima titah sendiri kenapa tidak mahu bercakap. Saya boleh bercakap kerana saya melihat Tuanku.

Yang rakyat tahu hanyalah apabila Nik Aziz mengepalai menerima bintang kebesaran anugerah kehormatan negeri kelantan di Istana Balai Besar pada 30hb. Mac 2010 dan tidak menerima anugerah Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Almarhum Tuanku Sultan Yahya Petra yang ke 60.

Sekiranya tuduhan Kickdefella itu benar maka malanglah rakyat Kelantan yang berketuakan kepada seorang pemimpin yang berbohong.

No comments: