Thursday, April 15, 2010

"RAMPAS TAHTA" di KELANTAN?

Entah apa nak jadi, satu lagi kejutan berlaku berhubung kemelut Istana Kelantan, apabila Kakanda Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan telah membuat lapuran polis berhubung pengedaran CD yang mengandungi unsur "RAMPASAN TAHTA" yang nampaknya dirancang begitu rapi oleh mereka-mereka yang mahu bertahka.

Lapuran polis tersebut adalah satu lapuran yang paling serius yang mana belum ada dalam sejarah moden negara terdapat perjumpaan sulit oleh orang-orang dengan para wartawan dan dibuat secara tertutup dan menceritakan bagaimana seseorang itu amat mudah untuk menjadi 'SULTAN' dengan ayatnya 'kalau hari ini mahu jadi sultan pun boleh, esok pun boleh atau lima bulan dulu pun boleh', Inilah agaknya apa yang dikata menghasut oleh Tengku Marjan Almarhum Sultan Yahya Petra itu.

Semua surat kabar telah melapurkan berita penting "RAMPAS TAHTA" yang telah dibuat oleh YM Tengku Marjan kepada polis kelmarin terhadap dua individu rakyat negeri Kelantan. Manakala pihak polis Ampang telah mengatakan bahawa lapuran tersebut akan dihantar ke IPD Kota Bharu untuk siasatan lanjut kerana peristiwa itu berlaku di Kota Bharu.

Nampaknya akan ada pula orang yang terpaksa tidur dalam LOOKUP di IPK sepertimana yang pernah dilalui oleh Dato' Wan Hashim Wan Daud, Setiausaha Sulit kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan sebulan lalu. Dato' Wan Hashim ditangkap dan di lookupkan kerana ada lapuran polis terhadap beliau yang mana tuduhannya 'menyamar' sedangkan beliau adalah Setiausaha Sulit Tuanku yang sah.

Bagaimana agaknya pihak polis akan bertindak terhadap lapuran yang dibuat oleh Tengku Marjan itu, adakah sepantas yang telah dilakukan terhadap Dato' Wan Hashim yang mana beliau ditangkap dirumahnya selepas sembahyang maghrib didepan anak dan isteri dan juga dihadapan waris D'Raja Kelantan.

Beruntung sesiapa yang dapat CD tersebut sepertimana apa yang didedahkan dalam blog Kidefella, semuanya terang dan nyata dan yang paling lucunya apabila ada suara meminta supaya para wartawan jangan tulis isi perjumpaan sulit pada malam tersebut.

Buat apa panggil wartawan kalau tidak mahu beritanya disiarkan sekiranya tidak ada perkara yang tidak betul yang hendak disampaikan dan perjumpaan itu tentunya ada niat yang tidak baik. Oleh sebab melarang wartawan dari menulis sebagai bahan berita bagi perjumpaan malam tersebut maka ada wartawan yang berani mengambil keputusan untuk mengedarkan CD yang dirakamkan. Tahniah.

Kemelut Istana Kelantan nampaknya sudah sampai kekemuncak, sudah seakan jelas apa sebenarnya berlaku disebalik kegeringan Tuanku Sultan, Penarikan JP dan Dato' boleh jadi ada asasnya kalau hendak dikaitkan dengan masa depan orang-orang tertentu dalam mempertahankan jawatannya terutama nasib yang menimpa Dato' Rusli Ibrahim, bukan Dato' sangat yang hendak ditarik daripada Dato' Rusli tapi JP itu matlamatnya.

Tentunya rakyat banyak akan menanti tindakan POLIS membuat siasatan dan mengambil tindakan tegas, isu "RAMPAS TAHTA" bukan isu main-main, ianya isu besar yang melibatkan maruah negara, melayu dan seluruh rakyat Malaysia yang berpayung dibawah Kedaulatan Tuanku Raja-Raja Melayu. Rakyat juga mahu lihat bagaimana sensitifnya kerajaan terhadap isu ini dan tentunya tidak akan ada pilih kasih dalam mempastikan "TAHTA SULTAN" tidak boleh dipermain-mainkan ataupun dipersenda-sendakan walaupun ianya dilakukan oleh seorang penasihat atau budak Sultan.

Kita rakyat sepatutnya berdoa semuga Tuanku Sultan cepat semboh dari gering dan dapat menjalankan tanggongjawab dengan segara, bukannya berusaha untuk mempercepatkan Tuanku turun tahta.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.

No comments: