Melihat kisah benar dalam TV bersabit dengan keganasan samun semalam amat-amat menakukkan. Seorang perempuan terpaksa memanjat pagar rumahnya kerana mahu menyelamatkan diri dari diragut oleh penyamun, tapi jelas pagar bukan menjadi halangan kepada penyamun yang nekad itu.
Penyamun itu memanjat juga pagar rumah simangsa dengan parang ditangan, adegan tarik menarik berlaku didalam pagar depan pintu rumah dan tentunya simangsa seorang perempuan terpaksa mengaku kalah kepada sipenyamun yang bersenjatakan parang itu. Diharap CCTV yang merakamkan wajah sipenyamun itu dapat menyelesaikan kes tersebut dengan cepat. Saya yakin pihak polis mampu melakukannya dengan pantas dan tepat.
Gambaran itu menunjukkan bahawa banyak tempat dinegara kita ini kurang selamat, selain dari mendengar kes-kes samun setiap hari, kes rompak dan bunuh juga menjadi berita utama dalam negara. Keselamatan orang awam mulai terancam. Apakah kerana terlalu ramai orang asing berada didalam negara kita atau bertambahnya penduduk yang mahu hidup mewah tapi menganggur.
Sejak saya hidup telah dua kali rumah saya dicerobohi. Pertama dimasuk pencuri dan kedua didatangi sekumpulan perompak tapi nasib baik tidak ada perkara yang memudaratkan berlaku, semasa rumah dimasuki pencuri hanya wang sen saja yang dikebas dan semasa didatangi perompok, mereka itu sedar bahawa saya sedang memerhati mereka. Yang sempat diambil hanya sebuah kemera video.
Ekoran dari itulah saya berpindah ketempat selamat, kekawasan yang ramai pendatang asing tinggal secara haram (PATI), kerana tentunya mereka akan menjaga kawasan tersebut supaya tidak berlaku perbuatan yang menyalahi undang-undang, kerana sekiranya kawasan itu didatangi pihak polis tentunya kedudukan mereka itu tidak selamat. maka sebab itu dikawasan saya sekarang tidak berlaku kes samun dan rompak.
Betul kata Tan Sri Sanusi Junid, bekas boss saya semasa di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dulu. Berkawanlah dengan orang yang kamu kenal walaupun kamu tahu mereka itu jahat daripada kamu berkawan dengan orang yang kamu tak kenal walaupun orang kata orang itu baik.
Kerajaan KDN, Polis, RELA, RT perhebatkan gerakan mencegah jenayah yang tidak terancang dan yang terancang, perbanyakkan mata telinga dikalangan masyarakat, sekiranya perlu tambahkan peruntukan kepada pemberi maklumat, rakyat bayar hasil cukai pendapatan mereka kepada kerajaan dengan harapan kerajaan juga hendaklah menjaga keselamatan harian mereka anak beranak.
Pihak polis jangan hanya menjalankan tugas dengan membuat kenyataan melalui media saja, bertindaklah dengan pantas, jangan hanya bertindak melalui kes-kes terpilih. Tabik kepada Pengarah CID kerana banyak kes-kes jenayah dapat dikurangkan sejak Dato' Bakri Jihin menerajui jabatan tersebut. Orang Sabah pun rakyat Malaysia juga. Kan sekarang ini kita amalkan 1Malaysia, maka tidak patut ada pilih kasih dalam menempatkan rakyat malaysia disetiap jabatan kerajaan kerana Dato' Najib telah berjanji 'pencampaian diutamakan'.
No comments:
Post a Comment