Dalam apa jua keadaan sekali pun, sesiapa yang menjadi ketua yang dipanggil pemimpin tak patut bercakap menipu. Kerana menipu itu adalah perbuatan yang sangat keji. Apabila sanggup menjadi pemimpin kena bersedia untuk berkhidmat dan menunaikan tanggongjawab. Ini perkara utama yang harus diberi perhatian oleh orang orang yang jadi pemimpin, jangan jawatan dikejar tapi perkhidmatan diabai.
Menjelang pemilihan dalam UMNO Bahagian yang baru lalu, ramai calun yang menawar diri untuk merebut jawatan diperingkat pegawai bahagian berjanji macam-macam, nak berkhidmat untuk membela nasib ahli ahli cawangan lah, nak memperkuatkan parti lah dan macam-macam janji manis diberi untuk menyakinkan perwakilan memilihnya untuk dinobatkan menjadi pemimpin.
Kini jawatan telah dapat, impian telah menjadi kenyataan, tapi janji manis tinggal janji, Cawangan seperti dulu juga, hidup segan mati tak mahu, aktiviti tak ada juga dibuat kerana asyik mencari peluang untuk bertemu dengan calun yang nak bertanding di peringkat Majlis Tertinggi, apabila ditanya kenapa aktiviti parti masih tidak gerakkan jawapannya mudah, kerana pilihanraya lambat lagi. Maka tahulah kita, bahawa jawatan yang diperlukan itu hanya mahu menunggu pilihanraya tiba, kerana nak jadi calun dalam pilihanraya. Itu sebenarnya mereka mereka yang berebut nak jadi pemimpin di bahagian.
Itulah sebenarnya hasrat yang tersirat dikalangan pemimpin UMNO Bahagian, maka itu juga lah jawapan yang dilontarkan apabila tiba musim pilihanraya, keutamaan bukan lagi kepada parti, tapi pada kepentingan peribadi. UMNO punah kerana ahlinya melahirkan pemimpin yang teruk sekali, pemimpin yang tidak memikirkan keuntungan kepada parti, tapi pemimpin yang penuh muslihat untuk menjaga kepentingannya dalam politik supaya kuasa tidak terhakis.
Pemimpin sebegini tak kira apa masaalah akan dihadapi oleh parti, mereka akan memilih orang yang disukainya saja menguasai parti, kerana keuntungan akan dibalon sendiri tanpa perlu diagih kepada ahli ahli parti. Dan dalam pilihanraya mereka mengharapkan nasib seperti sabut.
Bagaimana UMNO akan terus berkuasa sekiranya parti kalah dalam pilihanraya?. UMNO bukannya sabut sentiasa timbul, apa yang dibimbangkan nasib UMNO pada pilihanraya yang akan datang akan menjadi batu, kerana sudah jelas ramai pemimpin UMNO sekarang terutamanya yang menerajui bahagian tidak berbakti tapi banyak berjanji, dan ini akan memuakkan rakyat yang ada hak untuk mengundi, mereka akan terjemahkan kemarahan dan kebencian meraka kepada pemimpin UMNO melalui undi, akibatnya parah nanti.
Untuk mengelakkan nasib UMNO tidak seperti batu yang akan tenggelam dalam air yang tenang, maka moleklah pemimpinnya bermula dari sekarang sama ada Presiden,Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden termasuk Ketua-Ketua Pemuda, Wanita, Puteri dan juga Ahli Majlis Tertinggi serta semua Ketua-Ketua Bahagian berpegan kepada prinsip perjuangan sebenar bahawa mereka berjuang adalah semata-mata untuk Ugama, Bangsa dan Negara dengan melafafkan ikrar dari sekarang yang sudah sampai masanya "Beri bukti kepada rakyat, bukanya beri janji". Insya Allah rakyat akan terus memberi sokongan.
Tapi kalau UMNO tidak buat dan asyik berjanji, maka pihak Pakatan Rakyat akan mengambil tempat, kerana mereka boleh berjanji walaupun mereka tidak berbakti kerana mereka belum memerintah Malaysia lagi.
No comments:
Post a Comment