Saturday, February 14, 2009

UMNO jangan hilang fokus?

Politik pilihanraya kecil agak reda, ekoran Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan bahawa piliharaya kecil, parlimen dan DUN di Perak dan Kedah telah ditetapkan pada 7hb. April 2009, iaitu tarikh selepas perhimpunan Agong UMNO Malaysia diadakan. Ini memboleh para broker dalam pemilihan UMNO bergerak dan bergiat cergas untuk melelong calun calun yang telah menawarkan diri untuk menjadi pemimpin parti UMNO.

Bermula dari sekarang tentunya lobi lobi hotel mewah diseluruh negara akan dipenohi oleh perwakilan dari pelusuk negara kerana dijemput ataupun diundang untuk bertemu dengan calun ataupun wakil calun MT.

Dan tentunya dalam pertemuan itu ada janji yang diberi oleh pihak calun kepada perwakilan, dan tentunya ada permintaan daripada perwakilan daripada calun. Maka bergemalah politik wang dari sekarang hinggalah kepada pagi perhimpunan Agong nanti.

Dan saya fikir tentu akan ada persitiwa ahli ahli parti yang akan dikenakan tindakan displin, yang kena tentu sedih dan yang terlepas akan suka kepada yang kena. Disinilah timbul persoalan KEADILAN dalam tindakan bagi membasmikan politik wang.

Rasuah dan Politik Wang adalah perkara yang sama, tapi mengapa hukuman jadi lain?

UMNO kalau mahu selamat, intai intailah peluang, kerana faktor kekalahan bukan kerana parti UMNO tidak mempunyai dasar yang baik, tapi perangai pemimpin yang tidak disukai oleh pengundi terutamanya pengundi muda dan pegawai pegawai kerajaan, kerana mereka ini bukannya seperti katak bawah tempurung.

No comments: