Tuesday, February 24, 2009

Oh ! Sayuti (MSO), apa dah jadi dengan alwi?

Blog, Haji Mohd. Sayuti Omar, msomalaysia@gmail.com hari Isnin 23hb. Februari,2009 membuat saya panik. apa tidaknya, gambar comel saya terpapar dengan tajuk susupan petang, Alwi harus mengawal mulut. MSO cukup sensitif sekiranya ada orang yang membela Salentia dengan sikap berpura pura.

Ditepi ruangan blognya juga disiar youtube bertajuk Maki Salentia 1 yang mana apabila diklik play terkeluarlah gambar YB. Dato' Ibrahima Ali sedang berucap diantara kata-katanya ialah "TOK GURU BIAWAK', saya lagi panik. Ini sudah parah.

Alwi harus mengawal mulut kata MSO pada fahaman saya, kerana sikap Alwi telah menawarkan untuk UMNO Kelantan menerima Dato' Ibrahim Ali masuk UMNO. Pada hal dalam perlembagaan UMNO sudah terang mengatakan mana-mana ahli UMNO yang menjadi calun parti lain tidak akan diterima sebagai ahli seumur hidup. Dalam erti katanya pelawaan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan itu sebenarnya bukan ikhlas dan mempersendakan Dato' Ibrahim Ali.

Kepada MSO, dia sebagai orang yang bertanggongjawab menebas jalan sehingga berjaya Dato' Ibrahim Ali menjadi calun PAS dalam pilihanraya dulu tidak akan membiarkan orang lain mempersendakan Dato' Ibrahim Ali, beliau akan tebas orang itu habis habisan. Kerana hubungan beliau dengan Dato' Ibrahim Ali boleh diibaratkan isi dengan kuku ataupun dalam bahasa kasarnya seperti ketuk dengan tahi. Seperti juga Alwi dengan Tan Sri Annuar Musa.

Saya cukup faham dengan MSO, walaupun tulisannya sekarang ini banyak menyerang sahabat akrabnya, tapi bukan bermakna dia telah berperang dan berpatah arang, beliau berbuat demikian kerana beliau merasa bertanggongjawab untuk memperbetulkan sahabat-sahabatnya supaya telus dalam perjuangan dan tidak mengambil kesempatan dengan kedudukan untuk membelasah orang lain dan mempersendakan sahabat-sahabatnya.

Yang saya rasa sedikit kurang dalam tulisannya itu, apabila beliau melebalkan diri saya sebagai HANTU RAYA, aduh. Tapi apa boleh buat, itu haknya untuk mengatakan saya, tapi yang ingin saya tegaskan saya bukannya orang pendendam tapi saya kaki lawan untuk kebenaran.

No comments: