Tuesday, February 10, 2009

"MELAYU", bersatulah!

Politik Malaysia semakin serabut?

Dua lagi pilihanraya kecil terpaksa diadakan mengikut kehendak perlembagaan negara. Ini akan mendedahkan banyak lagi isu, isu keselamatan, isu sosial, isu peribadi, isu fitnah, isu yang dijanjikan, isu yang belum ditunaikan, isu politik wang, isu rasuah, isu pendidikan, isu perpaduan dan sejuta isu akan dibawa untuk mencari sokongan dan simpati.


Dalam pilihanraya, seribu janji ditabur, mulut semua pemimpin manis, senyum sepanjang masa, bersalam tak kira beberapa kali pada orang yang sama, minum tak henti henti, lawatan ke segenap lorang, jumpa orang miskin dan orang sakit minta sempati. Inilah lakunan dalam pilihanraya, mana yang baik dengan orang surat kabar pasti aktiviti dimusim pilihanraya dapat cover yang cukup baik.


Dalam pilihanraya kecil kali ini, kedua dua kerusi adalah hak parti pembangkang, tentunya parti PAS dan PKR tidak mahu kalah dalam pilihanraya ini, BN pula akan berusaha habis habisan untuk mencari kemenangan kerana kemenangan itu memberi nafas baru kepada BN untuk menunjukkan bahawa BN masih mendapat keyakinan rakyat.


Sekiranya kedua dua kerusi ini rakyat telah menolak parti PAS dan PKR, maka teranglah agenda Pakatan Rakyat hendak membentuk kerajaan pada pilihanraya yang ke 13 nanti hanya sebagai mimpi disiang hari, tapi kalau PAS dan PKR dapat mempertahankan rekod tanpa kalah yang telah di tunjukkan oleh rakyat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Trengganu itu maka alamatnya BN akan bungkus pada pilihanraya ke 13 nanti.


Dan sekiranya PAS dan PKR menang, maka juak juak dalam UMNO dan BN hendaklah bersiap sedia untuk menerima balasannya nanti diatas tindakan dan perbuatan mereka yang tidak meletakkan kepentingan rakyat lebih utama, sebaliknya agenda peribadi lebih utama, nahaslah nanti kepada mereka yang terang telah menyalahgunakan kuasa.


Tambahan pula sekiranya negeri serawak jatuh ketangan pembangkang, parahlah lagi kedudukan BN nanti, maka ingatan saya kepada pemimpin UMNO bahawa UMNO telah berada diambang sore jangan dipandang remeh, Berbuat se suatulah sebelum matahari terbenam terus dan di terowong sudah tidak ada cahaya lagi.


Masa masih ada, yang perlunya pemimpin UMNO jangan lena dibuai cerita dongeng oleh pencerek pencerek disekeliling yang hanya mahu menyedapkan telinga pemimpin saja, wal hal didada sudah bernanah yang menunggu punah.


Dua kerusi pilihanraya kecil, rakyat seluruh dunia menanti keputusannya. Mampukah anda merubahkannya, wahai pemimpin kedua belah pihak, tak kira ianya PAS,PKR atau UMNO kerana yang perlu Melayu harus bersatu.


No comments: