Tinggal 45hari saja lagi, Rakyat Malaysia akan mendapat Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, iaitu Dato' Seri Mohd Najib Tun Ab.Razak, Insya Allah. Ini akan berlaku memandangkan kelaziman kepada Kerajaan Malaysia yang mana Presiden parti yang menguasai perlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun perlembangaan Malaysia tidak menyebut demikian.
Rakyat tentunya ternanti-nanti untuk melihat dan menyokong segala tindakan dan dasar yang akan dilaksanakan dibawah pemerinatan Dato' Najib dan tentunya rakyat menanti perkara yang baik-baik akan dilaksanakan dibawah pemerintahan baru, terutamanya berhubung dengan isu rasuah yang menjadi penyakit kepada orang politik dan orang awam yang berjawatan dalam kerajaan.
Terbaru berhubung dengan kes, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar, Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang mana Ketua Pengarah SPRM, Dato' Seri Said Hamdan telah mendedahkan bahawa pihaknya telah mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Tan Sri Khalid berhubung isu penyelenggaran kereta dan lembu korban.
Manakala lapuran yang telah didedahkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK MALAYSIA) semasa Sdr Ezam Mohd Nor menjadi pengerusi tidak ada satu pun pendakwaan yang telah dibuat, apakah lapuran yang telah dibuat oleh Gerak Malaysia ketika itu tidak ada satu pun yang mempunyai bukti yang kukuh?.
Dan hari ini, Sdr Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi GERAK yang mengantikan Sdr Ezam, kerana Ezam sudah menyertai UMNO telah bersuara supaya SPRM yang mengamalkan kerja 'double standart' dalam mengendalikan kes-kes rasuah terutamanya yang berpofile tinggi supaya lebih telus dan beramanah. Sdr Nazree meminta supaya SPRM segerakan kes yang telah dilapurkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran rasuah yang telah dibuat terhadat seorang wakil rakyat dari Kedah.
Kewibawaan Dato' Seri Said Hamdan sebagai Ketua Pengarah SPRM sudah boleh dipertikaikan apabila beliau membuat pendedahan yang terpilih berhubung dengan keterlibatan insan insan tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes rasuah, ini mengambarkan SPRM sudah tidak BEBAS seperti yang diharapkan oleh rakyat jelata.
Apabila rakyat mulai pertikai terhadap satu badan yang dikehendaki supaya amalkan kebebasan 100%, dan sudah nampak tidak bebas, maka orang yang mengepalai badan tersebut hendaklah bertanggongjawab dan secara moralnya beliau hendaklah berundur diri secara terhormat. Kerana di pejabat SPRM itu masih ramai lagi pegawai tinggi yang berpengalaman, amanah dan jujur.
Saya yakin, Dato' Seri Najib pun tidak akan setuju, sekiranya didapati pegawai-pegawai kerajaan yang telah diberi amanah dan tanggonjawab tidak menjalankan tugas dengan ikhlas dan jujur dan saya juga yakin kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib nanti tentunya ada penyusunan baru bagi dipersembahkan kepada rakyat sebuah kerajaan yang penoh tanggongjawab untuk membela dan mempertahankan hak rakyat, tidak mengira dari keturunan mana dan fahaman politik parti mana sekali pun. Tentunya kerajaan dibawah Dato' Seri Najib akan ada kelainan dan kelebihan, kerana beliau tentunya tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang paling pendek pemerintahannya.
Adalah disarankan, SPRM hendaklah disusun semula, supaya keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan untuk membasmikan penyakit rasuah mendapat kepercayaan rakyat, cara dan kaedah yang dibawa oleh kepimpinan SPRM sekarang amatlah mencurigakan dan boleh menghakiskan kepercayaan sebilangan besar rakyat kepada badan tersebut.
Rakyat terbanyak sedang menanti tindakan Dato' Seri Najib untuk menilai kedewasaan dan kemantangan cara kepimpinannya untuk membawa kemakmuran yang lebih damai lagi kepada rakyat Malaysia. Dan kepada orang terdekat dengan Dato' Najib adalah diingatkan supaya "jangan sokong membawa rebah".
No comments:
Post a Comment