Hari ini petang, Kerajaan Negeri Perak akan ada dua Menteri Besar, satu menteri besar yang sedia ada dan satu lagi menteri besar yang baru akan dilantik. Kemelut ini terjadi kerana orang politik negeri perak lebih mengutamakan kepentingan kuasa.
Percaturan politik di perak akan hanya melihat lebih kepada sendiwara manusia. Isu sebenarnya mahu melihat dan mengesahkan bahawa kuasa mengatasi segala-galanya, wang ringgit boleh membentuk dan meruntuhkan sebuah kerajaan, demokerasi adalah sebagai slogan, hakikatnya wang ringgit akan menentukannya.
Bercakap soal rasuah menjadi agenda pemimpin politik, melakukan rasuah juga menjadi agenda orang politik, perbuatan dan trejedi politik di perak boleh juga dikaitkan dengan rasuah, kerana untuk apa mereka yang sudah dipilih oleh rakyat secara demokerasi melepaskan amanah untuk tidak menunaikan hasrat rakyat yang memilihnya dalam pilihanraya. tentu ada balasannya sama ada diberi tempat dalam kerajaan, diberi peruntukan tambahan ataupun diberi wang dan janji sesautu benda. Hakikatnya, rasuah tetap berdakap bersama mereka. Tidak seorang pun sehingga hari ini tampil didalam masjid untuk bersumpah bahawa mereka meninggalkan amanah rakyat dalam pilihanraya dulu kerana Allah tidak kerana ada balasan.
Penipulah orang itu kalau saja saja melompat, tanpa ada balasan dan janji, kerana mereka di perak itu bukan nabi yang diutus oleh Allah untuk menukarkan kerajaan, mereka tidak menerima wahyu dari tuhan, tapi boleh jadi menerima sesautu dari seseorang.
Jangan jadi menang sorak diwaktu ini, UMNO dan BN akan terus tidak diberi kepercayaan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang, tektik yang digunakan ini telah meletakkan satu pertaruhan besar untuk memikat hati rakyat dan rakyat akan terus menilai, apakah setelah Dato' Najib jadi perdana menteri nanti orang yang sama juga berada dalam kerajaan sedangkan ada diantara menteri sekarang rakyat sudah tahu tembelangnya.
Kejayaan Dato' Najib menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak hari ini dialu alukan oleh penyokong UMNO dan BN walaupun dua pilihanraya kecil BN telah kecundang, tapi perlulah diingat kejayaan hari ini tidak akan kekal sekiranya jentera UMNO dan Kerajaan tidak diperbetulkan dari terus melakukan kesilapan terutama teraju di pejabat Setiausaha Agong UMNO sebagai nadi gerakan kepercayaan rakyat kepada UMNO terutamanya ahli ahli UMNO sendiri termasuk saya.
UMNO tidak kuat kerana pemimpin saja yang pintar, tapi UMNO akan kuat sekira ahlinya tidak menipu dan ditipu. Hari ini ramai ahli UMNO ditipu dan menipu? bayangkanlah apa akan jadi pada UMNO esok.
No comments:
Post a Comment