Sudah bosan dengan gelagat politik di negeri perak. kini kita perlu menghitung hari pembentukan barisan baru para menteri kabinet Dato' Najib setelah beliau akan di nobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 nanti.
Berapa orang menteri dikekal dan berapa orang menteri digugurkan dan siapakah menteri baru yang akan dilantik Inilah yang akan menjadi fokus kepada kestabilan politik BN akan datang terutamanya menjelang pilihanraya umum ke 13 depan.
Para petani, nelayan dan orang kampung menaruh harapan tinggi kepada kerajaan pimpinan Dato' Najib semuga perjalanan kehidupan mereka akan berubah dengan rezeki akan bertambah dan boleh hidup dalam kemewahan dengan mimpi mimpi yang indah.
Para peniaga dan pekerja penuh berharap supaya rezeki mereka juga akan bertambah, mereka berdoa semuga kekayaan negara dapat diagihkan sama rata, pembangunan negara dapat digerakkan dengan penuh berhemat dan bertanggongjawab. Rasuah dapat dihapuskan terutama dikalangan mereka yang memegang kuasa.
Banyak lagi harapan rakyat terhadap Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri dengan mudah. Rakyat rindukan sebuah kerajaan yang aman, rakyat perlukan menteri yang tidak pandai menipu, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang tidak menipu rakyat.
Inilah apa yang didengar disegenap pelusuk tanahair dan inilah harapan rakyat kepada Dato' Najib. Jangan hendaknya pegawai pegawai Dato' Najib menghalang untuk Dato' Najib melaksanakan tugas untuk rakyat. Jangan ada diantara pegawai Dato' Najib cuba menghalang rakyat untuk menyampaikan hasrat kepada Dato' Najib, Jangan ada pegawai pegawai Dato' Najib hanya melayan kawan kawannya saja untuk diberi peluang bertemu dengan Dato' Najib dan jangan jadikan Dato' Najib sebagai mangsa cemuhan rakyat.
Dato' Najib yang saya kenali adalah baik sangat orangnya, suka mendengar rintihan dan suka membantu untuk kebaikan rakyat, tapi akhir akhir ini teramat susah nak jumpa Dato' Najib tapi kepada orang orang tertentu tak payah buat temujanji nak jumpa Dato' Najib, bila bila pun boleh.
Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6 tidak lama lagi diharap tidak memelihara manusia yang digelar 'harapkan pagar,pagar makan padi'. kerana sudah ada riak riak orang di keliling Dato' Najib telah mendabik dada. hubaya hubayalah.
No comments:
Post a Comment