Wang banyak mengalir dihotel hotel di Kuala Lumpur, buka saja mengalir untuk bayar sewa bilik hotel untuk penginapan para perwakilan dan pemerhati Persidangan Agong UMNO malaysia yang berlangsung hari ini hingga 28hb. Mac nanti, atau bayaran bil bil coffe haoue untuk makan minum, tapi yang banyak mengalir ialah untuk diagih-agihkan kepada perwakilan yang akan mengundi calun-calun tertentu sama ada diperingkat pemuda,wanita,puteri atau peringkat Majlis Tertinggi. Berapa jumlah kalau dicampurkan semua jawatannya tentulah banyak. (juta-jutaan).
Semalam semasa merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO. YAB Dato' Seri Najib Tun Ab.Razak, Timbalan Presiden UMNO Malaysia dengan bersemangat mengatakan bahawa beliau akan mempastikan orang yang mengamalkan politik wang tidak akan ada tempat didalam UMNO, beliau akan berjuang untuk menghapuskan politik wang sehingga ke akar umbi. (maka bertepuklah semua perwakilan yang hadir) menunjukkan mereka bersetuju dengan saranan Dato' Najib itu.
Tapi yang malangnya, yang bertepuk itulah orang-orangnya yang kebanyakkan menerima wang untuk menyokong calun-calun tertentu, mereka itulah yang telah meletak harga, minta itu minta ini, semua ini berlaku kerana ada tawaran dan permintaan. Sesungguhnya sekiranya perwakilan itu jujur dan amanah, saya yakin semua calun yang nak bertanding itu tidak dapat bertanding kerana telah menyalahi Tataetika UMNO.
Malam ini, tentu banyak lagi wang akan mengalir, kerana jawatan yang dipertandingkan, adalah jawatan yang besar-besar dan mahal mahal. harganya tentu tinggi, mungkin mencapai kepada angka ribuan ringgit setiap satu undi. Wah! makan besarlah perwakilan malam ini dan tentunya ada perwakilan yang tidak tidur sampai ke pagi menunggu panggilan untuk mendapat bagian.
Politik dan Wang tak akan dapat dipisahkan, kalau sistem tidak diubah, kalau tindakan hanya dikenakan kepada orang yang dipilih, kalau lapuran kepada jawatankuasa displin tidak diambil tindakan secara serius, kalau ada pilih kasih, kalau amanah hanya digunakan untuk kepentingan puak-puak. maka politik wang akan terus bermaharajalela, tidak akan terhapus bahkan dimasa akan datang lebih teruk lagi, sekiranya tidak ada tindakan pembersihan dalam kepimpinan UMNO Bahagian, yang mana secara jelas ada Ketua Bahagian yang merencanakan supaya jawatan Ketua Bahagian menjadi hak miliknya sampai ke mati.
Diharapkan, Esok UMNO akan dapat pemimpim yang betul betul mengidamkan sebuah Parti yang akan terus membela rakyat, tidak dijadikan parti sebagai alat untuk memperkayakan diri sendiri dan terlepas dari amalan rasuah, Dato' Najib tentu sudah kenal pasti siapa yang harus dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO yang akan berkhidmat dengan jujur dan amanah, serta Setia dan Usaha tidak seperti yang ada hari ini. Begitu juga dengan perlantikan yang lain-lain termasuk menteri kabinet.
Yang jelas dan pasti Dato' Najib tentunya akan bertindak sebagai Presiden UMNO pada 29hb. Mac 2009, kita lihatlah kemampuan sebenar anak negarawan yang luas pengalaman, Insya Allah Parti dan Negara dibawah kepimpiannya akan terus utuh dan berkuasa.
No comments:
Post a Comment