Hari ini (26hb. Mac 2009) bermulalah sejarah baru dalam barisan kepimpinan UMNO, Para perwakilan diberi mandat oleh lebih 3 juta ahli-ahli UMNO diseluruh negara bagi memilih pemimpin untuk menjamin UMNO terus diterima oleh rakyat bagi menerajui negara. Semuga dengan barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh Dato' Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO terutamanya pada pilihanraya yang ke 13 nanti.
Semalam pergerakan wanita telah menukarkan ketuanya, Pergerakan Pemuda dan Puteri telah menaikkan pangkat pemimpin mereka dari Naib Ketua ke jawatan Ketua, proses biasa dalam haraki kepimpinan dalam parti UMNO. Walau pun kedua dua tokoh pemuda dan wanita itu tidak disokong oleh bekas presiden UMNO yang sekarang tidak lagi menjadi ahli UMNO. Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil telah menjadi orang penting dalam UMNO.
Dan yang akan dipertikaikan nanti diatas kemenangan Khairy Jamaluddin (KJ) kerana ada orang yang cemburu dan tak senang hati kepada menantu Pak Lah ini, malam tadi pun sudah ada cerita bahawa pada awalnya Mukhris menang 12 undi, tapi apabila dikira semula sebanyak 2 kali maka kemenangan telah bertukar kepada KJ. Inilah cerita fitnah dalam UMNO apabila orang yang mereka tidak suka itu menang. Kemenangan KJ itu mutlak dan tak usahlah hendak dipertikaikan lagi, akurlah kepada keputusan, tak usahlah buat cerita dan tuduh itu dan ini.
Yang ditunggu tunggu sekarang ini, siapakah yang akan menjadi Timbalan Presidan dan Naib-Naib Presiden, adakah Mahyuddin akan diangkat sebagai Timbalan Presiden kerana beliau dilihat sebagai pemimpin negara setelah pemimpin rakyat kalah sebelum bertanding (Ali Rustam) atau Muhammad Mat Taib sebagai calun terpaksa kerana protes diatas musibah yang ditanggong oleh Ali Rustam. Atau wang yang akan menentukan siapakah nanti yang akan diangkat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Untuk Naib Presiden pula ,nama seperti Hisahamuddin Tun Husein, Zaid Hamidi, Khalid Nordin dan Shafie Afdal adalah antara nama tersohor untuk jawatan ini, tapi malangnya jawatan Naib Presiden diperuntukkan 3 orang saja, maka salah satu nama yang disebut disini akan terkeluar dari senarai top, siapakah diantara mereka yang akan dikeluarkan oleh perwakilan, sama sama lah kita tunggu malam nanti.
Bagi Majlis Tertinggi pula agak senang kepada mereka yang sudah ada jawatan dalam kabinet untuk menang, sama ada Menteri atau Timbalan Menteri, kalau ada Menteri dan Timbalan Menteri yang kalah sebagai ahli Majlis Tertinggi, eloklah terus letak jawatan sebelum Perdana Menteri berhentikan secara paksa, kerana kekalahan itu adalah satu kebaculan. Dan selain Menteri dan Timbalan Menteri yang harus menang, Ada dua orang tokoh lagi yang patut dipilih menduduki ahli Majlis Tertinggi, mereka itu ialah Datuk Tajuddin Rahman, Pengerusi FELCRA (No.10) dan Dato' Awang Adik Husein, Pengerusi PNS. Bekas Timbalan Menteri Kewangan (No. 04). mereka ini boleh membantu parti terutamanya dinegeri yang dikuasai oleh pembangkan yang mana Datuk Tajuddin Rahman dari PERAK dan Dato' Awang Adik Husein dari KELANTAN.
Yang pastinya para perwakilan sedang menunggu rezeki terakhir sebelum masuk dewan persidangan pagi ini.
No comments:
Post a Comment