Sunday, March 22, 2009

MISTERI RASUAH, siapa pelaku utama?

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menyerah dekuman kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh seorang bekas Menteri. Siapakah bekas Menteri tersebut? dan kenapa diwaktu ini baru GERAK bersungguh hantar lapuran atau sebelum daripada ini sudah pun dihantar tapi tidak ada tindakan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun syabas diucapkan kepada GERAK yang sudah mula aktif semula sejak bekas pengerusinya Sdr Ezam berhijrah kedalam UMNO. Sesuai dengan tanggongjawab dan peranan GERAK adalah diharap tidak hanya seorang saja bekas Menteri dilapurkan kepada SPRM kerana banyak lagi kes-kes berprofail tinggi dengan rekod telah muktamat untuk pendakwaan berada dalam simpanan SPRM semasa dizaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bukan saja bekas bekas Menteri yang boleh dikaitkan, tapi ada juga yang sekarang masih berjawatan Menteri boleh di usul supaya dibuat penyiasatan dan diambil tindakan kerana kekayaan mereka itu terlampau sekiranya dikira dengan pendapatan sebagai pekerja kerajaan yang berjawatan Menteri.

Begitu juga kekayaan terlampau dikalangan Setiausaha Setiausaha Politik, perkara ini mesti dipandang serius oleh SPRM. Tugas SPRM bukan saja perlu mendapat lapuran ataupun report daripada orang awam, SPRM juga hendaklah mengunakan inisiatif untuk mencegah supaya amalan korupsi tidak bermaharajalela dikalangan orang orang yang berkuasa.

SPRM hendaklah mempunyai azam yang kuat supaya kes-kes yang tertangguh semasa dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dapat diselesaikan dan di buat pendakwaan, begitu juga bekas Menteri dan Menteri di zaman Pak Lah, jangan dilepas dan dibebaskan tanpa membuat pendakwaan, biar mahkamah memutuskan sama ada mereka itu perlu dihukum ataupun dibebaskan. Kerana bukan sedikit wang rasuah digasak olehnya, terutama kes-kes yang ada hubungan dengan kelulusan khas kemasukan pekerja asing warga Bangladesh. Yang telah didakwa itu adalah serpihan daripada cerita asalnya. Pelaku utamanya bagaimana?

Begitu juga kes-kes misteri, SPRM kena kerja kuat untuk mendapat maklumat kerana rakyat masih menunggu hasil siasatan, kerana orang yang dituduh telah pun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah, jadi siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan?.

Tugas SPRM akan terus mencabar, kerana rakyat menaruh harapan tinggi supaya semua kes-kes yang ada dalam simpanan dapat diselesaikan dengan cepat, kerana setelah Dato' Najib ambil alih pucuk pimpinan kerajaan, gejala rasuah sudah pun berkurangan kerana Dato' Najib ada agenda baru untuk memperkasakan bangsa dan negara dan tentunya sesiapa yang melakukan rasuah sebelum daripada ini beliau akan sumbatkan kedalam penjara.


No comments: