Friday, March 20, 2009

Pemimpin Melayu dengan " Madah Berhelah".

Semua Parti orang orang melayu berkucah sekarang, UMNO dengan stail tindakan terhadap orang yang tidak disukai, yang terpaksa dikorban untuk dilihat kesungguhan bagi membersihkan parti dilanda dengan masaalah tataetika dan politik wang, terbaru Ali Rastam dikorbankan, lepas ini mungkin ada lagi ataupun tak ada langsong yang akan dikorbankan menandakan UMNO telah bersih, maka persidangan Agong akan berjalan lancar walaupun Setiausaha Agong dan Setiausaha Kerja sudah jelas gagal melaksanakan tanggongjawab sebenar.

Parti Keadilan berkecamuk dengan isu Timbalan Ketua Menteri 1, Kerajaan Pulau Pinang, ada yang dikatakan berlaku krisis kepimpinan dalam PKR Pulau Pinang, mungkin seorang lagi ADUN PKR akan keluar parti dan mengosongkan kerusi dan pilihanraya kecil akan diadakan. Begitu juga dengan isu terbaru tentang calun PKR untuk ADUN selamba, kecoh ada yang akan tutup pos pilihanraya kerana kurang bersetuju dengan calun yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam Parti PAS pula, sedang bertikam lidah diantara dua orang Tok Guru, khabar nya Tok Guru Nik Aziz tak setuju dengan Haji Hadi berhubung dengan cadangan penubuhan kerajaan campuran diantara PAS dengan BN. Haji Hadi nampaknya berminat tapi Tok Guru Nik Aziz tidak mahu, katanya beliau masih serik dengan peristiwa lampau yang mana PAS ditendang keluar oleh BN dalam pakatan kerajaan campuran dulu. Siapa sebenarnya lebih besar antara Tok Guru Nik Aziz dengan Haji Hadi?.

Semua suasana ini akan terus reda menjelang pilihanraya ke 13 nanti, sekarang masing-masing sedang menguji ideal, mana tahu kalau ada yang latah, boleh dilihat kebodohan mereka bermain politik. Inilah lumrah ahli politik, sebenarnya mereka senang melihat rakyat mengupas ideal mereka, mereka suka lihat rakyat berkekah kerana mereka akan menjadi pendamainya.

Sebut saja orang politik, tentu ada sepak terajangnya, pemimpin sebenarnya lena tidur apabila sampai waktunya, tapi rakyat dibawah bersekang mata untuk jaga pemimpin, kadang kadang ada upah tapi yang banyaknya tidak berupah.

Ingatan kepada pemimpin melayu, jangan cuba bermain "madah berhelah" nanti melayu hilang segalanya.


No comments: