Hari ini bermula gelanggang politik baru negara. Kalau 2 pilihanraya kecil yang lalu iaitu Permatang Pauh dan Kuala Trengganu dimenangi oleh parti pembangkang, pilihanraya kecil di 3 kawasan yang bermula hari ini akan menyaksikan kesudahan sebenar politik Malaysia. Sekiranya pakatan rakyat menang 2 daripada 3, itu adalah alamat UMNO/BN akan rebah dan sekiranya Pakatan Rakyat kecundang, maka tempoh untuk Pakatan Rakyat bermegah akan punah.
Mengikut lapuran awal yang saya terima pagi ini, disemua tempat penamaan calun diisi oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. ini terjadi kerana semasa UMNO sibuk mengadakan Persidangan Agong, parti-parti Pakatan Rakyat sibuk mengerah penyokong-penyokong supaya hadir seberapa ramai di pusat-pusat penamaan calun, sedangkan ahli-ahli UMNO pulang ke tempat masing-masing.
Satu sejarah pilihanraya dicipta di negara kita apabila 13 orang calun bebas bertanding di DUN Selambau. Rekod dunia barangkali. Siapakah mereka yang bertanding calun bebas itu, adakah ini startegi politik parti tertentu atau memang ada kesedaran dikalangan calun-calun untuk turut memberi khidmat di kawasan tersebut.
Buatlah apa yang patut, asal dapat kemenangan, kerana politik itu kadang-kadang boleh menghalalkan cara. Hanya Tuhan yang tak dapat dibeli. Tentunya berita pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang, DUN Selambau dan DUN Batang Ai akan menjadi tumpuan rakyat sehingga 7hb. nanti.
Selepas itu kita akan melihat keguguran jawatan di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.
No comments:
Post a Comment