Saturday, March 28, 2009

Episod Kedua akan bermula bila?

Episod permata dalam pemilihan UMNO berakhir dengan Tun Mahathir berpelukan dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) di pentas khas dalam Dewan Merdeka PWTC dengan disaksi oleh Presiden Baru UMNO, Dato' Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan UMNO yang baru dinobatkan.

Tun Mahathir datang juga akhirnya ke majlis UMNO dan naik kepentas utama sebagai bekas Presiden UMNO walau pun tidak menjadi ahli parti dan dalam satu pertemuan dengan pemberita Tun Mahathir mengaku akan menyertai UMNO semula sekira syarat-syaratnya dipenohi. Apakah syaratnya itu?.

Khairy (KJ) masih di "boo" setiap kali namanya disebut. nampaknya perwakilan kali ini ada lagi yang tidak matang, yang masih dungun yang otaknya masih dikepala lutut, kerana apabila pemimpin meminta ahli-ahli supaya bersikap terbuka dan patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan, buangkan yang keruh ambilkan yang jernih, masih ada lagi perangai orang yang tidak berakal didalam dewan.

Saya nampak ada muka muka yang "boo" KJ itu, perangainya lebih teruk dari anjing yang buruk kepala, apakah mereka itu dipilih sebagai perwakilan oleh ahli-ahlinya untuk datang kepersidangan supaya tidak menghormati pemimpin sehingga gairah dan tersengeh-sengeh apabila dapat 'mengeboo' Sdr KJ. Inilah budaya yang boleh merosakkan parti, mereka itu bukannya pejuang parti tapi tahi dan hampas kepada perjuangan sebenar yang dituntun oleh parti UMNO.

Keikhlasan budak KJ itu jelas, apabila beliau secara terbuka meminta supaya Mukhris dan Khir Toyo bersama-sama beliau untuk memperkasakan parti melalui pemuda, perwakilan sepatutnya memberi tepukan dan semanagat kepada KJ kerana beliau telah menampakkan kesungguhannya untuk berbaik sangka dengan calun yang tewas dalam pemilihan.

Kalau pun KJ ada melakukan kesalahan, tidak semestinya beliau tidak boleh dihormati sebagai pemimpin kerana beliau telah menang dalam pertandingan yang halal dan sah, maafkanlah beliau, lagikan Allah mengampuni umatnya.

KJ tentunya banyak bersabar, kerana beliau tahu, sabar itu separuh daripada iman dan orang yang sabar selalu disertai oleh Allah swt. Selepas ini kita akan dapat melihat episod yang lebih suspen dalam UMNO. Siapa yang akan dilantik sebagai memenohi kouta Ahli Majlis Tertinggi dan Pegawai-Pegawai Parti.

Saya teramat gembira sekiranya, Pentadbiran Parti diperingkat Ibu Pejabat UMNO disusun semula, kerana disinilah nadi pergerakan UMNO keseluruhannya, UMNO tidak akan kuat kerana Presiden dan Barisan Kepimpinannya kuat selagi urusan pentadbirannya berkecamuk dan tidak ikhlas dalam menjalankan tugas.

UMNO akan hancur sekiranya pentadbiran tidak diasaskan oleh orang yang betul betul jujur serta amanah dan dalam hal ini Setiausaha Agong dan Setiausaha Kerja hendaklah diganti dengan orang baru yang lebih jujur dan amanah. Urus tadbir yang baik akan menentukan kejayaan setiap organisasi itu. Disini Dato' Najib perlu berhati-hati, jangan UMNO dihancurkan dari dalam kerana tersalah pilih orang untuk mentadbirkannya.

Ramai lagi orang yang pandai dan amanah untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO, jangan pisang berbuah dua kali.


No comments: