Yang ku dengar
Pada 19hb. Mei 2008,(hari isnin) Negeri Kedah yang terkenal dengan negeri jelapang padi akan dikunjungi oleh dua orang tokoh politik tanahair, Bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Calun Presiden UMNO, YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Khabarnya kedua-dua akan hadir dalam majlis berasingan yang diatur untuk mereka memberi ucapan.
Tun Dr. Mahathir bersama masyarakat disebuah hotel sebelah pagi yang akan memberi ucapan berhubung dengan kemelut politik hari ini dan YBM. Tengku Razaleigh di hotel lain waktu petang akan memberi penjelasan mengapa beliau bersedia bertanding jawatan presiden parti disember ini. Program ini dianjurkan oleh pakatan cawangan-cawangan UMNO.
Nampaknya makin rancak program-program yang dianjur oleh pakatan cawangan-cawangan UMNO, ini menunjukkan rakyat diakar umbi mula memberi ruang kepada orang-orang yang ingin menyampaikan isu-isu semasa untuk didengar dan dapat memberi pendapat bagi melahirkan perasaan sebenar rakyat dibawah.
Kalau dulu program sentiasa diatur diperingkat Bahagian tapi kini trend sudah berubah, cawangan dah pandai mengatur perjumpaan yang dihadiri oleh tokoh tokoh yang hebat. Kenapa jarang terdengar bahagian UMNO mengadakan program dan menjemput tokoh tokoh seperti Tun Dr. Mahathir Mohamed bekas Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, Bekas Setiausaha Agong UMNO, YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Bekas Bendahari Agong UMNO, Tan Sri Husein Ahmad, Bekas Ketua Penerangan UMNO (Tokoh yang tidak hipokret) mereka ini tentunya ada pandaangan dan pendapat bagaimana hendak memperkasakan UMNO dimasa yang akan datang.
Tokoh-tokoh yang saya sebutkan ini telah berjasa kepada parti, mereka semua CINTA kepada parti, mereka CINTA kepada bangsa Melayu yang mendokong parti UMNO, apa salahnya kalau Bahagian-Bahagian UMNO mengadakan majlis ataupun perhimpunan dengan menjemput mereka untuk membakar semangat ahli-ahli parti tentang perlunya meluaskan langkah bagi memantapkan perjuangan supaya pilihanraya umum yang akan datang UMNO boleh menebus maruahnya yang telah terhakis.
Kalaulah betul Ketua Ketua UMNO Bahagian diseluruh negara jujur untuk berjuang bagi menegakkan perjuangan UMNO, sayang dan CINTA kepada parti, maka mereka harus memulakan langkah, kumpulkan tokoh-tokoh yang terdahulu dan jemputlah ke bahagian masing-masing bercakaplah secara anak beranak, mintalah pandangan dan nasihat supaya matlamat dan tujuan akan sampai ke distinasi iaitu Negara Aman rakyat Selamat.
Hilang kah jawatan Ketua Bahagian, sekiranya mengadakan majlis untuk menjemput tokoh tersebut hadir memberi ucapan. Atau hanya takut bayang-bayang, takut hilang rezeki cari makan. Percayalah Pak Lah tak akan halang sekiranya Ketua Bahagian mengadakan majlis dengan menjemput tokoh untuk memberi panduan dan tunjuk jalan kearah KEBENARAN.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "berani kerana benar"
No comments:
Post a Comment