Wednesday, July 16, 2008

Hishamuddin pemimpin muda yang cerdik.

Dua kenyataan yang berbedza

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad yang kurang matang berpolitik dan asyik dok mengampu telah berkata:

Tidak perlu pertandingan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Tidak perlu ada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO memandangkan sudah ada pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak perlu lagi dipertandingkan demi menjamin kekukuhan parti.

"Kita harus memikirkan apa yang terbaik untuk parti. Kombinasi kepimpinan Pak Lah dan Najib sekarang adalah yang terbaik untuk parti dan kita menerimanya dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noraini diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu perlu dipertandingkan.

Muhyiddin berkata, ia demi menyuburkan demokrasi dalam UMNO dan perlu lebih bersifat terbuka walaupun sudah ada pelan peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perebutan jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu kerana majoriti ahli UMNO sudah menerima baik pelan peralihan kuasa itu.

"Pada saya, kita sudah menerima soal peralihan kuasa itu dan tidak perlu ada perebutan jawatan tersebut.

"Saya yakin semua ahli parti menerimanya dengan baik," katanya.

Mohamed Khaled berkata, parti ada matlamat dan keutamaannya sendiri bagi memastikan ia terus kukuh dan perlu kuat bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

"Ia (peralihan kuasa) lebih baik dan ia dikehendaki ahli sebelum ini maka buat apa ada lagi pertandingan bagi jawatan-jawatan itu," katanya.(utusan malaysia)

sementara itu

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin mempunyai kematangan berpolitik menyatakan:

Jawatan Presiden, Timbalan boleh dipertandingkan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).

Beliau berkata, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimuktamadkan, ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti.

Jelasnya, tidak boleh ada satu pihak yang cuba menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa adalah dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan walaupun selepas proses peralihan kuasa dalam parti itu dimuktamadkan.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan jawatan tertinggi parti perlu dipertandingkan sungguhpun jangka masa peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib sudah diumumkan.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan terus menyokong proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta melakukan yang terbaik untuk memastikan ia mencapai matlamatnya.(utusan malaysia)

* Bebas bertanding, ikut perlembagaan,amalkan demokrasi, adalah gaya hidup sihat yang dituntuk supaya dilaksanakan oleh rakyat jelata. Apa perlunya buat ketetapan, sedangkan ketetapan yang dibuat nampak sangat nak memperbodohkan ahli ahli di akar umbi, bertandinglah secara sihat.

Kalau tak mahu ada pertandingan, biar semua jawatan dalam parti jangan dipertandingkan, kekalkan semua daripada Ketua cawangan, Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan Ketua Puteri Cawangan kerana sekiranya berlaku pertandingan kalau hendak dikira berlaku perpecahan, diperingkat ini akan lebih teruk berpecah, begitu juda di peringkat bahagian, kekalkan jawatan disemua peringkat sehingga ke mati.

Perhubungan UMNO Negeri yang membuat ketetapan yang akan mencalunkan Presiden dan Timbalan Presiden nampak sangat ketololannya, kerana perhubungan UMNO bukan berperanan untuk menentukan siapa yang layak jadi Presiden dan Timbalan Presiden. Tak malu kah perhubungan tersebut kepada Naib Naib Presiden, kenapa ketetapan tidak dibuat untuk mereka yang dah menyandang jawatan, kenapa jawatan Naib Naib Presiden digalakkan bertanding, lagi ramai lagi bagus, ada apa apa tujuan kah?, nak cari zakat politik kah?.

Malu dah tak jadi amalan hidup kepada sesetengah pemimpim UMNO, muka dah tak malu kerana ada kepentingan diri dah nak jadi macam pelacur, buat muka dua puloh sen je. Pendirian Perhubungan UMNO Negeri yang tidak menghalang mana mana Bahagian untuk mencalunkan sesiapa adalah menepati tugas badan Perhubungan tersebut dan sekalung tahniah patut di berikan kepada Perhubungan UMNO Negeri tersebut yang tahu mengamalkan erti demokrasi dan menjunjung perlembagaan parti.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "berpijaklah dibumi yang nyata".


No comments: