Wednesday, July 16, 2008

BOLA 'kelantan kena belasah', DEBAT 'shabery dalam resah', bila nak kena letak jawatan?.

Malam ini ada dua peristiwa yang tak dapat saya lupakan, pertamanya debat antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik yang disiar secara langsung oleh TV 9 dan ulang tayang oleh TV 3, dan yang keduanya perlawanan bolasepak piala Malaysia diantara pasukan Kelantan lawan Selangor yang juga disiarkan secara langsung oleh RTM TV 1.

Dalam program debat itu, setelah selesai banyak saya terima sms bertanya pendapat saya siapakah yang patut menang, saya jawab sorry saya tak dengar dan lihat pun program tersebut kerana saya berada di Stadium Shah Alam menyaksikan pertandingan Bolesepak Piala Malaysia diantara Kelantan dengan Selangor. Saya tanya balik kepada sahabat saya itu, apa pendapat beliau tentang debat itu, jawabnya kalau dia jadi pengadil dia beri kemenangan 3 - 1, tiga untuk Anwar Ibrahim dan satu untuk shabery Chik.

Setalah selesai menyaksikan bolesepak yang mana Kelantan dibelasah teruk oleh Selangor (4 - 0) saya terus pulang kerumah untuk menyaksikan ulang siar perdebatan antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik, kerana mahu dengar sendiri sebab sahabat saya dah memberitahu dalam debat tersebut Anwar Ibrahim menang 3 - 1.

Setelah meneliti ucapan dan cara persembahan penghujahan maka saya bersetujulah dengan keputusan yang dibuat oleh sahabat saya itu, memangnya seperti yang saya tulis dalam blog ini bahawa atas tajuk pun sudah mengambarkan Shabery Chik akan kalah, yang malang sekali Shabery Chik tidak menyebut diakhir hujahnya bahawa YBM Tengku Razaleigh Hamzah adalah salah seorang yang memajukan petronas selain daripada Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir Mohamed. Kenapa beliau begitu takut untuk menyebut nama YBM Tengku razaleigh bekas bos dia dulu, sama sama lah kita buat peniliannya.

Setelah selesai menonton perdebatan tersebut saya beralih untuk melihat blog, dan dalam blog Mohd Sayuti Omar MSO beliau telah menulis panjang lebar berhubung debat diantara Anwar Ibrahim dan Shabery Chik, diakhirnya beliau memberi bintang sebanyak 6 kepada Anwar Ibrahim dan hanya 2 kepada Shabery Chik. Maka sms kawan saya itu adalah betul dan tepat bahawa perdebatan tersebut tidak menguntongkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Rupa-rupanya kekalahan teruk pasukan Kelantan terhadap Selangor samalah kekalahan Shabery Chik kepada Anwar Ibrahim yang mana dibelasah habis habisan. Yang bedzanya Kelantan kalah kerana hilang punca dan kurang fokas sementara Shabery Chik kalah kerana tersilap pilih tajuk dan pilih lawan. kerja bodoh.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kalau kail panjang sejengkal".

No comments: