Tuesday, July 15, 2008

MTUC jangan berdengki.

MTUC minta kerajaan tarik balik lesen syarikat pembekal pekerja asing, salah satu tajuk dalam akhbar arus perdana hari ini. Satu kenyataan yang tidak bijak dan bodoh melulu. Nak bercakap tanpa fakta, terima ratusan aduan tapi tidak buat penyelidikan, sama ada aduan itu betul atau palsu, dan kalau pun aduan itu betul yang mengatakan berlaku penipuan tak kan semua 200 syarikat itu penipu. Tak ada satu pun yang jujur, hanya MTUC sajakah yang jujur?.

Mengikut lapuran, bahawa MTUC menerima ratusan aduan yang mengatakan berlaku penipuan, upah tidak dibayar, setuasi kerja yang teruk dan sebagainya dan pekerja mengalami kerugian kerana dikenakan bayaran RM8,000 hingga RM10,000 seorang untuk datang bekerja di malaysia.

MTUC patut tahu wang sebanyak itu dibelanja untuk apa, apakah dibayar kepada syarikat 'out sourcing' atau dibayar kepada agen haram yang mencari keuntungan dengan menjalinkan hubungan dengan pihak yang mempunyai kuasa bagi mendapat meluluskan permohonan dengan cara membayar wang rasuah.

Dan tahu kah MTUC bahawa pekerja yang datang itu tidak diberi tempat kerja seperti yang dijanjikan kerana agen agen haram hanya mahu mendapat wang secara mudah dan menabur janji palsu kepada pekerja, sedangkan majikan ditawarkan dengan gaji yang murah untuk mendapat pekerja.

Sedarkah MTUC bahawa terdapat agen haram mengunakan kesempatan bagi mendapat kelulusan dengan menambah bilangan yang diperlukan sebenar dan menjualkan kouta kepada rakan rakan agen haram bagi mendapat keuntungan mudah.

Sebenarnya penipuan berlaku bukannya datang dari semua syarikat pembekal pekerja asing tapi yang banyak berlaku penipuan kepada pekerja ialah dari majikan yang membuat permohonan terus bagi mendapat kelulusan menteri dan menjual kelulusan tersebut kepada agen haram bangladesh yang mengenakan caj tinggi kepada pekerja asing terutamanya pekerja bangladesh.

MTUC diharap dapat menyemak fakta sebenar disebalik berlakunya penipuan, kerana penipuan yang dimaksudkan oleh MTUC itu bukannya datang dari keseluruhan syarikat pembekal pekerja "Out Sourcing", jangan kerana seekor kerbau maka nak di angkut sekali harong, nyanyalah kepada syarikat yang menjalankan perniagaan dengan betul.

Bab kata Ayat Ayat CINTA, "cakap biar beradab".

No comments: