Thursday, April 29, 2010

Ezam dapat anugerah kerana belasah Anwar Ibrahim?.

Dalam pilihanraya umum ke 12 lalu, MIC kalah teruk atas nama BN tapi atas semangat BN, Perdana Menteri beri muka kepada MIC dengan melantik beberapa orang dari MIC menjadi menteri dan timbalan menteri dan atas semangat BN juga calun MIC diberi tempat untuk bertanding atas tiket BN di Hulu Selangor dan menang diatas sokongan undi melayu.

Kini mengikut berita diakhbar-akhbar tempatan orang no 2 MIC , Palanivel akan dilantik sebagai senator dan akan diberi tempat dalam kabinet Dato' Seri Najib, jadi dalam masa sebulan ini MIC mendapat dua kemenangan atas semangat BN dan sokongan melayu iaitu Kamalanathan telah dinobat menjadi Ahli Parlimen dan Palanivel akan dinobat menjadi Senator dan jawatan kabinet. UMNO tetap juga kalah.

Hanya Ezam Mohd Nor yang mencaci bekas Ketuanya diberi habuan dan akan dilantik sebagai Senator dan perlantikan itu telah disahkan sendiri oleh Ezam Mohd. Nor, nampaknya trend mencaci dan mendedahkan rahsia tempat cari makan menjadi-jadi disaat-saat ini, seperti juga apa yang baru berlaku yang mana syed Azidi (kicdefella) telah mengaku menerima wang sebanyak 4 juta sebagai peruntukan bagi mempastikan PAS akan terus memerintah kelantan.

Dari mana dan siapa yang beri wang kepada beliau itu adalah tidak jelas, tapi orang macam kicdefella ini amat bahaya untuk kita berkawan kerana semua rahsia kita akan didedahkan kepada umum setelah hubungan dengannya tidak lagi erat. Berhati-hatilah kepada sesiapa yang ingin teruskan berkawan dengan beliau, jangan ada perkara sulit dibincang atau dirancangkan dengannya kerana satu hari nanti kawannya itu akan menjadi mangsa seperti apa yang didedah kepada umum hari ini.

Saya harap pihak kerajaan atau pun UMNO tidak jadikan kicdefella ini seperti Ezam Mohd Noor, memberi tempat istimewa kerana kerjanya mendedahkan keaiban bekas bosnya. tapi kepada ahli UMNO yang bertungkus lumus berkhidmat dari bangku sekolah sehingga mendapat cucu tak dapat apa pun dari UMNO dan Kerajaan sehingga masuk hospital berbulan-bulan tak ada siapa bertanya kabar soal bil-bil hospital sehingga terpaksa bergadai bergolak untuk mengubati penyakit yang dihadapi.

Sedangkan Palanival yang sudah ditolak oleh pengundi kini diberi jawatan senator, manakala Ezam Mohd Noor yang dulunya maki hamun para pemimpin UMNO dan menyusahkan parti UMNO dan Kerajaan semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri kini diangkat martabatnya dengan menawarkan jawatan senator. Sedangkan kerananya Tun Mahathir tak dapat tidur lena dan sehingga hari ini digelarkan "Mahafiraun".

Baiknya Dato' Seri Najib kepada mereka-mereka ini yang dulunya tidak menjadi pengikut yang setia kepadanya, tapi orang seperti saya yang daki pun keluar bersama slogan 'bersatu-bersetia-berkhidmat sehingga kini menjadi penganggur setelah tewas sebagai calun BN pada piliharaya 1995 lalu tidak ada pemimpin UMNO bertanya kabar sama ada diperingkat Negeri atau Nasional. Itulah tradisi politik UMNO dan saya akur.

2 comments:

zeme said...

Salam Tuan Hj,

Harap-harap semua pihak dan SPRM membuka mata kepada suatu bentuk rasuah moden. "Rasuah, habuan, anugerah politik" dilihat suatu bentuk cabang rasuah yang semakin menjijikkan.

Benar, inilah habuan berbentuk rasuah yang jelas dan nyata di dalam negara bernama 1Malaysia. Amat memalukan.

Wasalam.

NH Shah Alam said...

Jangan terlalu mengharapkan SPRM untuk berlaku adil kepada kita. SPRM duduk dibawah Telunjuk PM.. Lain lah kalau SPRM duduk dibawah parlimen atau di bawah Kuasa Agong.