Sudah 3 hari YM Tengku Marjan Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah membuat lapuran polis berhubung ada komplot untuk merampas TAKTHA di Kelantan yang melibatkan dua individu yang telah disiarkan melalui akhbar arus perdana. Tapi sehingga hari ini belum ada berita susulan dari pihak polis.
Lain dengan tindakan polis yang terus menangkap Dato' Wan Hashim Wan Daud apabila menerima lapuran polis yang menuduh Dato' Wan Hashim menyamar sebagai Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan Kelantan dan mengunakan kepala surat Istana kelantan tanpa kebenaran.
Menyamar adalah satu kesalahan yang tidak boleh dibiarkan, kecekapan pihak polis terus mengambil tindakan adalah untuk membendung supaya kerja-kerja menyamar itu tidak akan merusakkan pihak yang kena samar, apatah lagi menyamar melibatkan institusi Raja-Raja Melayu. Jadi untuk mengenakan seseorang itu ditangkap oleh polis dengan cepat dan dilookupkan, buatlah lapuran polis dengan tuduhan menyamar.
Dalam CD yang dikatakan ada dailog diantara Pengelola Istana Kelantan dengan para wartawan media disebuah hotel di Kota Bharu itu jelas ada perkataan yang mencurigakan, yang boleh ditafsirkan ada perkara yang tersirat. Perjumpaan dengan wartawan dan meminta supaya wartawan jangan menyiarkan hasil perjumpaan itu apa maksudnya.
Sebelum daripada itu, Pengelola Istana, Halim Hamad berahi benar mengadakan kenyataan Akhbar bagi menerjah orang yang tidak disukainya. Sebagai contah, beliau membuat kenyataan akhbar terhadap diri saya yang mengambarkan bahawa saya tidak dikenali oleh pihak istana. Tapi peliknya kenapa ada perjumpaan SULIT dengan wartawan.
Dan perjumpaan SULIT itu terdedah apabila YM Tengku Marjan telah membuat lapuran polis sehingga begitu sekali Pengelola Istana Kelantan memainkan peranan bagi mendedahkan tahap kesihatan KDYMM Tuanku Sultan kepada media walhal beliau sendiri tidak menjengok Tunaku semasa Tuanku gering di Singapore. Mereka-reka cerita tahap kesihatan Tuanku untuk memberi gambaran bahawa Tuanku masih "koma" dan tidak dapat menitah.
Sebagai seorang hamba yang berjawatan dan bergaji, Pengelola Istana Kelantan hendaklah memainkan peranan supaya Institusi Raja berada dalam tahap yang membanggakan, kalau ada yang kusut hendaklah direlaikan, kalau ada yang panas hendaklah disejukkan. Jangan pula yang dingin dihangatkan supaya panas bernyala-nyala dan mengambil sikap berpihak.
Datanglah menghadap Tuanku dan laksanakanlah titah Sultan, ingatlah bahawa Sultan Kelantan adalah KDYMM Tengku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ianya masih hidup dan boleh bertitah, boleh melihat, boleh makan, boleh mendengar dan boleh sembahyang. Jangan dok rasa kita sebagai Pengelola Istana akan kebal sepanjang masa.
Jangan jadi macam seorang tu, pejawat awam yang beruniform yang mana sudah 18kali, ADC Tuanku telah telepon minta menghadap kerana titah Tuanku tapi malangnya sehingga sekarang masih memberi alasan untuk lari dari menghadap.
1 comment:
:)
Post a Comment