Saturday, July 3, 2010

Brazil kalah, BN belum kalah.

gambar hiasan, penyokong fanatik bolasepak pasukan kelantan

Brazil kalah 2 - 1 kepada Belanda. Itulah lumrah kejadian. Sebelum ini rata-rata peminat bolasepak piala dunia meramalkan bahawa Brazil akan ke final bertemu dengan Argentina. Semua ramalan hancur dan ini menunjukkan tidak semestinya apa yang dilihat kuat itu akan menang seperti jugalah politik.

Apa sebenarnya yang membuat pasukan Brazil tumbang kepada Belanda, kerana nasib kah, kerana Belanda lebih pandai daripada Brazil kah atau kelekaan pemain Brazil yang merasakan pasukannya kuat membuat mereka lalai.

Ada pengajaran politik disini terutamanya politik Malaysia hari ini, kalau dihitung dengan keputusan pilihanraya yang lalu jelas BN masih mampu membentuk kerajaan pada piliharaya umum ke 13 nanti, kerana kelihatan BN masih lagi kuat, ada Menteri yang hebat-hebat, ada Timbalan Menteri special yang dilantik mengikut kehendak kompenan parti BN. Itulah kehebantan BN kini.

Apakah dengan hanya merasa kuat, maka keputusannya akan berpihak kepada BN nanti, apa akan jadi sekiranya nasib tidak menyebelahi BN kerana terlalu optimis, lihat apa jadi kepada pasukan Brazil, yang jutaan peminat tidak percaya bahawa Brzail akan kalah kepada Belanda kalau dilihat kepada rekod perlawanan pasukan mereka. Tapi Brazil kalah.

Yang dikira kuat tidak semestinya menang, pasukan Brazil kalah kerana ada ketirisan dalam pasukannya, lalai dan megah, begitulah akan menimpa BN kelak sekiranya dalam kerajaan sekarang ini ada ketirisan, sepertimana ada KSU lebih berkuasa daripada Menteri, ada Menteri bercakap ikut sedap mulut saja dan lepas itu minta maaf, ada Setiausaha Agung hanya pandai melayan kroni saja , mengakibatkan parti akan menghadapi masaalah (akan diceritakan pada 15hb. Julai semasa YAB Timbalan Presiden UMNO ke Tanah Merah Kelantan, sekiranya jadi). Ini semua akan membawa keburukan kepada BN dan UMNO.

Yang untungnya parti pembangkang, sepertilah untungnya pasukan Belanda dapat masuk ke separuh akhir. UMNO harus berhati-hati, suara dari rakyat kampung hendaklah didengar dan diamati kerana suara itu bukannya suara mengampu, bukannya suara mahu minta projek kerajaan tapi suara untuk mencari rezeki bagi membantu kemenagan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum nanti.

Dato' Sri Najib perlu BN menang besar dalam puilihanraya umum ke 13 nanti bagi mendapat mandat untuk merealisasikan agenda pembangunan dan pembaharuan kestabilan ummah dan kekukuhan ekonomi supaya rakyat mendapat nikmat daripada hasil kerja kuat kerajaan dibawah pimpinan beliau.

Untuk itu cadangan, pandangan tak kira dari sesiapa pun orangnya asalkan ada asas dan logik maka hendaklah diambil kira untuk dibawa berbincang dan dianalisa secermatnya supaya nanti akan membuahkan hasil yang boleh menguntungkan parti UMNO dan Kerajaan.

Dan sekiranya nasib Brzail boleh disamakan dengan nasib BN, maka tidur lenalah puak-puak pakatan Rakyat nanti, hanya menunggu masa untuk membelasah mereka YB-YB yang telah melompat menjadi YB bebas tapi terikat itu.

2 comments:

Anonymous said...

Saya suka tulisan tuan kerana banyak
mengkeritik salahlaku orang2 kerajaan, memang lah amat mudah utk kita mengkeritik kerana yg bekerja sudah tentu ada kesilapan,bagi pembangkang kerja nya mengkeritik
kerana mereka tidak bekerja.
walau bagaimanapon itulah dia politik,tapi semua nya perlu kpd fakta jangan hanya tiban saja secara sembrono teruk lah,kita tak mahu menzalami sesiapa saja samaada kerajaan atau pembangkang.

newkk said...

Terima Kasih atas ingatan, saya suka pendangan yang tidak berpihak oleh itu setiap apa yang yang tegur ada asasnya. Tentunya orang kampung tidak akan ditegur kerana hasil pendapatannya bukan wang rakyat, tapi pegawai kerajaan yang tidak melaksanakan amanah hendaklah ditegur kerana mereka menrima gaji dari wang rakyat, tegur membina. sekali lagi terima kasih.