Sekiranya Ibrahim Ali, Presiden PERKASA masih menjadi ahli UMNO tentunya kata-kata perli yang telah disemburkan dari mulut Sio Lek Presiden MAC itu berhubung keputusan Majlis Tertinggi UMNO meminta Kerajaan membatalkan lesen judi kepada Vincant Tan akan di terjah habis-habisan.
Sio Lek mempertikaikan keputusan Perdana Menteri yang memaklumkan bahawa Kerajaan telah membatalkan permit lesen judi bola didalam majlis tertinggi UMNO kerana dakwanya sepatutnya keputusan menarik balik lesen judi itu dibincangkan dahulu dalam mesyuarat kebinat. Ertinya Sio Lek mahu mengajar Perdana Menteri bagaimana sepatutnya keputusan harus dibuat dalam sesautu isu.
Sio Lek telah kemama dalam angan-angannya, bahawa Perdana Menteri itu adalah Dato' Sri Mohd Najib ialah Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang dalam pembentukan kerajaan Malaysia. Ini menunjukkan bahawa Soi Lek mahu mengatakan bahawa tanpa suara dan golongan cina, Dato' Sri Najib tidak boleh mengumumkan apa yang patut diputuskan oleh Kerajaan. Sombongnya Presiden MCA ini.
Sehingga kini tidak ada pun suara dari UMNO mempertahankan keputusan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri itu, seolah-oleh kehendak Sio Lek itu betul dan bertepatan kerana UMNO perlu kepada cina untuk membentuk Kerajaan Malaysia.
Betul UMNO perlukan kepada semua undi untuk membentuk Kerajaan, tidak kira dari undi cina, india, siam, iban, khadazan, murut, asli dan sesiapa saja sebagai pengundi. Tapi janganlah pula keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri untuk melegakan jiwa nurani rakyat dipertikaikan. Dato' Sri Najib tahu apa yang dilakukan untuk membendung isu yang telah timbul yang boleh memanaskan suhu bangkangan rakyat dalam negara.
Nak harap kepada Pemuda UMNO sudah tidak boleh, kerana Exco Pemuda UMNO hanya mengharapkan kepada Khairy Jamaluddin seorang saja bersuara, Naib Ketua Pemuda UMNO pun bantai Ketua dalam isu Khairy lawan Ibrahim Ali, Apabila Khairy mempersoalkan dimana polis dalam menyelesaikan kes Raja Petra, Khairy ditegur supaya jangan mempertikaikan kewibaan polis, Exco lain diam membisu. Exco Pemuda Sr Lokman Adam pun nampaknya sudah hilang suara.
UMNO hendaklah bergerak kearah satu suara, baru UMNO akan terus maju, dalam suasana arah tuju UMNO sekarang nampak bercelaru, rujuklah kepada buku tulisan Datuk Idris Tulis yang berjudul 'KEARAH PERPADUAN' yang ditulis oleh beliau pada tahun 1990 yang mana kulit gambarnya Tun Mahathir sedang mencium tangan Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Kemerdekaan Negara.
BAB 1, Saya Ingin Mencipta Perdamaian, sangat menarik.
BAB 29, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, juga menarik.
No comments:
Post a Comment